Olimpik Rio : Beregu Lelaki Negara Buat Kejutan Mara Separuh Akhir



RIO DE JANEIRO, 15 Ogos: Beregu lelaki badminton negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir setelah mengalahkan gandingan nombor 1 dunia, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan.

Pasangan negara itu menang dengan mata 17-21, 21-18, 21-19.

Beregu itu akan menentang pasangan dari China, Chai Biao-Hong Wei di separuh akhir esok. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.