Henti Jual Topi Keledar Kura-Kura


LARUT, 17 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar memberhentikan penjualan topi keledar separuh atau topi keledar kura-kura kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar itu walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

"Selain daripada tindakan pihak berkenaan, orang ramai juga seharusnya mempunyai kesedaran dengan tidak membeli dan menggunakan topi keledar yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Beliau berkata sedemikian selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Selama, dekat sini pada Selasa.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.