17 Individu Ditangkap Khalwat



Melaka, 14 Ogos: Seraiami 17 individu termasuk lapan wanita ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di tiga buah hotel bajet di sini malam tadi.

Mereka yang ditahan selepas didapati tinggal bersekedudukan di dalam bilik tanpa sebarang ikatan sah.

Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria, operasi khas itu diadakan selepas pihaknya mendapati hotel bajet sering menjadi pilihan pasangan bukan muhrim untuk menginap.

"Dalam operasi itu seramai tujuh pasangan kekasih serta tiga lagi individu termasuk seorang perempuan turut ditahan selepas didapati tinggal didalam bilik bersama pasangan bukan muhrim

"Daripada 17 yang ditahan seorang adalah wanita warga Indonesia dan kesemua mereka berusia antara 18 hingga 38 tahun, mereka kemudian dibawa balik ke pejabat JAIM untuk diambil keterangan.

Kesemua yang ditahan akan dilepaskan dengan jaminan selepas 24 jam ditahan.

Sumber : Harian Metro

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.