Wanita Ditembak Mati Ketika di Taman OUG


PETALING JAYA: Seorang peniaga wanita maut ditembak ketika di dalam keretanya dalam kejadian di Taman OUG, Jalan Klang Lama, ibu negara kira-kira jam 2 petang tadi.

Laporan dari Oriental Daily melaporkan, penembak yang tidak dikenali itu melepaskan tembakan ke arah peniaga wanita yang sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV).

Mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan.

Difahamkan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

FMT memetik laporan China Press berkata, tembakan itu berlaku di hadapan sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran sebuah pasar.


NST pula melaporkan, jurucakap Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil berkata mereka menerima satu panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira jam 2 petang, yang mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, pemeriksaan susulan terhadap kenderaan itu mendapati tiada tanda kemalangan namun seorang wanita ditemui ditembak mati di tempat duduk kenderaan itu.

"Wanita itu dipercayai dibunuh ditempat kejadian", katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : FMT, NST

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.