(Video) Terkini : 2 Letupan Kuat Gegar Lapangan Terbang Somalia, Disusuli Bunyi Tembakan



MOGADISHU 26 Julai – Dua letupan kuat kedengaran berhampiran pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Mogadishu hari ini.

Laporan media melaporkan, letupan itu disusuli dengan bunyi tembakan.

Wartawan temptan melaporkan salah satu dari letupan itu dibuat oleh seorang penyerang berani mati di dalam sebuah kereta berdekatan dengan satu checkpoint.

Selain itu dilaporkan terdapat kemalangan jiwa yang membabitkan pengawal keselamatan di checkpoint tersebut.

Setakat ini, jumlah kematian belum dapat dipastikan.

Saksi melaporkan, beberapa buah ambulans turut dikejarkan ke lokasi letupan yang terletak berhampiran dengan pangkalan tentera pengaman Kesatuan Afrika.

Kumpulan pengganas al-Shebab memberitahu Al-Jazeera mereka bertanggungjawab atas serangan itu. - Siakapkeli.my

Sumber : BBC, Aje

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.