Rafizi Tawar Khidmat Untuk Audit 1MDB Secara Percuma



SHAH ALAM, 29 Julai - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menawarkan dirinya untuk menyertai pasukan audit bagi 1MDB yang baharu.

Lebih dari itu, beliau juga berkata akan memberikan khidmat itu secara percuma.

"Sebagai seorang akauntan bertauliah yang berdaftar dengan Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA), saya ingin menyatakan minat dan kesediaan saya untuk menyertai pasukan audit baru yang akan dilantik untuk mengaudit 1MDB.

"Jika Lembaga Pengarah 1MDB yang baru yakin tidak ada sebarang penyelewengan di dalam urusan 1MDB, cara paling mudah untuk meyakinkan rakyat secara percuma ialah dengan melantik saya menyertai pasukan audit baru 1MDB," kata Rafizi sebagaimana lapor Sinar Online.

Selain itu, beliau juga turut memuat naik tweet di Twitter yang menanyakan pendapat awam tentang perkara itu.

"Saya menawarkan diri untuk jd auditor baru #1MDB secara percuma. Mohon RT jika setuju 😁 @malaysiakini", kata beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan memberitahu memaklumkan bakal menyatakan hasratnya itu secara rasmi kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Sumber : Sinar Online

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.