Proses Ganti Airbag Takata : Honda Malaysia Beri Pampasan RM50 Sehari untuk pengguna



KUALA LUMPUR, 28 Julai: Pemilik kereta Honda yang terlibat dengan panggilan semula untuk penukaran airbag Takata akan diberi pampasan RM50 sehari sepanjang tempoh menunggu ketibaan alat ganti mereka.

Menurut satu kenyataan oleh Honda Malaysia di Facebook, pampasan itu diber sebagai pampasan untuk "kehilangan penggunaan kereta" sepanjang proses penggantian itu.

Menurut Honda, pelanggan yang terlibat boleh mendaftarkan diri mereka dengan Honda Malaysia di http://ift.tt/29Byrr0 untuk pampasan itu. Tempoh pampasan bermula pada 28 Julai dan akan berakhir pda 31 Ogos ini.

Honda menerusi kenyataan itu juga berkata, sejurus alat ganti beg udara Takata tiba, pelanggan yang berdaftar akan dimaklumkan mengenainya dan dikehendaki menggantikan dalam tempoh dua hari.

Untuk maklumat lanjut boleh layari kenyataan itu di Facebook Honda Malaysia

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.