Ingatkan Bom, Rupanya Mainan Kanak-Kanak



Kuala Lumpur, 26 Julai: Satu objek yang menyerupai bom tangan di sebuah bank di Taman Midah, Cheras menyebabkan panik seketika di kawasan bank tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, objek itu dusahkan sebagai barang permainan kanak-kanak.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, pihak polis menerima panggilan awam yang mengatakan objek menyerupai bom tangan ditemui berhampiran dengan mesin ATM bank itu.

Polis kemudian mengerahkan unit pemusnah bom (UPB) dan unit anjing pengesan (K9) ke kawasan kejadian.

Harian Metro melaporkan, mereka difahamkan polis terpaksa menutup kawasan bank itu sementara kerja siasatan dilakukan oleh pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, hasil siasatan mendapati objek itu bukanlah bom tangan dan hanya barang permainan kanak-kanak yang berkemungkinan besar tercicir.

"Pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk tindakan lanjut," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : Harian Metro

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.