6 Kesan Buruk Untuk Korang Yang Suka Berlapar Sebab Nak Kurus


Screen Shot 2016-07-28 at 10.17.17 PM
Oleh Feyra Nasrom Sumber Hanasuva
Nak kurus macam mana sekalipun, jangan lah sampai berlapar. Tabiat tersebut sangat bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan korang. Berikut merupakan 6 akibat buruk untuk korang yang suka berlapar untuk diet!
1. Fikiran Lesu & Keliru
Ya, fikiran akan jadi lemah disebabkan badan kita tak cukup tenaga. Jika glukosa dalam badan rendah, fikiran akan jadi tak betul dan akan jejaskan tumpuan serta mood kita.
2. Cepat Marah
kalau lapar, mood manusia akan jadi tak menentu. Salah satunya, akan cepat melenting
3. Kuat Makan
Kalau tak makan ikut waktu sepatutnya, kajian mendapati seseorang akan lebih terdorong untuk makan lebih banyak.  Selain itu, anda akan lebih cenderung untuk makan makanan yang lebih kalori.
4. Tinggalkan senaman
Bila berlapar, tubuh akan jadi tak bermaya. Bila dah lemah, nak bersenam pun rasa malas. Jadi apa guna diet tanpa bersenam kan.
5. Seluar lebih ketat
Tahukah anda berlapar sangat tak bagus sebab badan anda ada sejenis homon yang mendorong pembentukan lemak. Jadi, ia membuatkan badan jadi lebih gemuk.
6. Mulut Berbau
Katone dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan kurang. Jadi, apabila badan korang kurang tenaga, proses ini akan menghasilkan nafas berbau .
Armin Lute

Share this

Related Posts

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.