10,115 Unit Perodua Bezza Telah Ditempah Setakat Hari ini


PETALING JAYA, 26 Julai: Perodua mengekalkan sasaran jualan sebanyak 216,000 unit bagi 2016, apabila ia menjangka peningkatan jualan kepada 118,600 unit pada separuh kedua tahun ini dari 97,400 unit yang dijual pada separuh pertama tahun ini.

Syarikat itu menjangka jualan mereka akan dipacu oleh sedan terbaru mereka, Bezza yang dilancarkan minggu lalu.

Setakat hari ini, sebanyak 10,115 unit Perodua Bezza telah ditempah dengan 500 penghantaran berjaya dibuat setakat ia dilancarkan pada 21 Julai lalu, kata presiden Perodua dan CEO Datuk Aminah Rashid Salleh.

"Kami memulakan pengeluaran besar-besaran Bezza sejak Jun dan mempunyai stok sedia 7,000 unit sehingga 21 Julai," katanya hari ini pada taklimat mengenai prestasi jualan syarikat bagi separuh pertama 2016. - Siakapkeli.my

Sumber : The Star

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.