Uber Dan Grab Mungkin Sah Mengikut Undang-Undang Pada Tahun Hadapan

Menurut satu laporan oleh Shahrim Tamrin di dalam akhbar berbahasa Inggeris, The Sun Daily, Uber dan Grab mungkin dibenarkan beroperasi mengikut undang-undang melalui sokongan oleh Jawatankuasa Ekonomi Khas (SEC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cadangan ini telah dikemukakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bulan lepas dan ia juga menyenaraikan butiran untuk memulih dan mengubah industri teksi konvensional.

Cadangan ‘e-hailing’ ini dijangka akan dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan terakhir, akhir bulan ini.

theSun diberitahu bahawa di antara cadangan yang dikemukakan untuk industri teksi konvensional termasuklah perkongsian keuntungan ataupun jaminan peratusan daripada pendapatan harian kepada pemandu teksi, sama seperti model bisnes yang digunakan oleh Blue Bird Taxi Company di Jakarta, Dubai Taxi Corporation dan perkhidmatan teksi di bandar-bandar lain seluruh dunia.

Digelar sebagai penyelesaian pertama seumpamanya di dunia, model ‘e-hailing’ Malaysia akan mewujudkan persaingan yang adil kepada pemandu teksi konvensional dan pemandu Uber. Ianya dijangka memberi keuntungan kepada pengguna dari segi kecekapan dan harga.

“Seseorang yang ingin menggunakan kenderaan sendiri untuk perkhidmatan teksi perlu mendapatkan lesen kenderaan awam (PSV) dan mendaftar dengan SPAD untuk tujuan tapisan,” kata sumber dalaman kerajaan.

“Kereta persendirian tersebut dikehendaki menjalani pemeriksaan tahunan dengan Puspakom bersama-sama dengan perlindungan insurans yang dipertingkatkan seperti teksi,” katanya.

“Kereta persendirian dengan penilaian NCAP Asean akan diberi keutamaan sebagai tambahan kepada spesifikasi keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.”

Seramai 130,000 orang pemandu baru Uber dan Grab (sepenuh masa dan separuh masa) dijangkakan akan bersama-sama wujud dan bersaing dalam pasaran teksi selepas pengenalan inisiatif ‘e-hailing’. Terdapat 67,000 orang pemandu teksi yang aktif beroperasi di seluruh negara dengan 36,000 orang pemandu teksi beroperasi di Lembah Klang. Difahamkan kerajaan sedang mengambil langkah-langkah supaya syarikat Uber dapat dikenakan cukai selepas pengenalan ‘e-hailing’.

“Buat beberapa ketika, transaksi kad kredit pengguna Uber telah memperlihatkan aliran keluar ringgit daripada negara secara besar-besaran,” menurut orang dalam tersebut.

Lanskap industri teksi baru ini dijangka akan menyaksikan lebih ramai pemandu teksi konvensional menggunakan aplikasi tempahan teksi. Ini adalah kerana kadar penggunaan semasa di kalangan pemandu teksi di seluruh negara berada pada paras 14% manakala penetrasi pengguna untuk aplikasi tempahan mencecah sehingga lebih daripada 50%.

Ikuti berita lanjut di theSun.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.