Tiket Final Piala FA Ditetapkan RM50 Termasuk Kanak-Kanak



KELANA JAYA, 3 Mei: 70,000 tiket akan diperuntukkan untuk perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim dan PKNS FC di Stadium Shah Alam, 14 Mei itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia, Kevin Ramalangam, harga tiket itu ditetapkan pada satu harga sahaja iaitu, RM50 meragkumi kanak-kanak dan dewasa, lapor BH Online.

"Setiap pasukan akan menerima 30,000 tiket manakala 10,000 lagi dijual secara dalam talian," katanya.

Bagaimanapun, PKNS hanya akan mengambil sebanyak 10,000 tiket selepas mengambil kira beberapa faktor dan menyerahkan bakinya kepada pasukan JDT.

"Jadi, JDT mendapat peruntukan sebanyak 50,000 keping tiket untuk final kali ini," katanya.

Katanya, semua tiket akan mula dijual di Stadium Larkin dan Stadium Shah Alam pada 9 Mei ini manakala tiket secara dalam talian boleh didapati bermula jam 9 pagi pada tarikh sama. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.