Satu Sikap Penting Bagi Lelaki Berkahwin Yang Ramai Gagal Amalkan Termasuk Aku

Ini adalah tahun ketiga aku menetap di Turki. Sudah bermacam-macam orang aku pernah bawa berjalan di sini. Tapi aku baru perasan satu perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi.

Selalu juga aku dapat pelanggan / peserta trip yang berjaya dalam hidup, kaya & mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Mereka ini bermusafir dari jauh untuk bercuti di Turki. Kebiasaannya paling sedikit, 3 hari aku akan bersama-sama mereka.

Saidina Umar pernah mengajarkan jika hendak mengenali seseorang kita hendaklah bermusafir dengan orang itu. Kerana bermusafir ini memerlukan seseorang itu meninggalkan zon selesanya. Berada dalam keadaan zon tidak selesa selalunya kita boleh melihat karakter sebenar seseorang.

Baca: Pemilik Bisnes Ini Berkongsi Mengapa Perkahwinan Boleh Menjadikan Kita Kaya

hakikat-kahwin-2

BERSIKAP BAIK / LEMBUT TERHADAP IBU & ISTERI SENDIRI.

Itulah karakter yang aku selalu lihat ada pada pelanggan-pelanggan aku yang aku kira sebagai seorang berjaya, kaya atau mempunyai jawatan baik dalam kerjaya atau masyarakat.

Walaupun pangkat mereka besar seperti GM Petronas, pengarah syarikat, Dato’ tetapi apabila bercakap dengan ibu atau isteri sendiri, mereka amat berlembut. Tidak pernah lagi aku bawa orang-orang besar yang bersikap kasar dengan ibu atau isteri mereka.

Ada yang isterinya agak cerewet tetapi sang suami tetap bersikap tenang dan menurut sahaja kehendak isteri.

Itulah juga sikap abah aku sepanjang 32 tahun aku hidup tidak pernah aku tengok abah berlaku kasar terhadap mak aku malah bergaduh mulut pernah sekali sahaja aku lihat sewaktu kecil dahulu.

Abah aku ini hanya imam kampung biasa, pencen kerja kerani gaji terakhir tidak lebih RM1,500 tetapi dicukupkan rezeki dari segala hal.

Mungkin berkat kesabaran dan kelembutan melayan ibu dan isteri menambah pintu-pimtu rezeki untuk suami.

Namun realitinya, bagi aku sendiri bukan mudah nak jadi suami yang baik dan penyabar. Mungkin lebih mudah nak meratakan gunung dari menjadi suami yang baik. Perjalanan menjadi suami atau isteri sumpah sangat panjang.

Pada adik-adik yang belum berkahwin jangan mudah terpedaya dengan post-post manis bergula dari orang yang baru berkahwin setahun dua. Tips-tips kahwin yang bajet-bajet ‘deep’ bajet ‘islamik’ dari pasangan yang baru berkawin di instagram tu bolehlah diabaikan.

Percayalah mereka masih lagi di fasa menanam tebu di tepi bibir.

Baca lagi: Selepas 3 Tahun Berkahwin, Saya Dapati Ini 3 Perkara Paling Penting

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.