Remaja Berhijab Ini Pengadil Bola Sepak Berpotensi Tinggi Di Malaysia

Kehadiran gadis ini dalam setiap kejohanan bola sepak yang diadilinya seringkali menarik perhatian orang ramai untuk menonton perlawanan tersebut. Ini kerana biasanya tugas pengadil sesuatu perlawanan bola sepak akan digalas oleh kaum lelaki. Fenomena ini menyebabkan sesuatu kejohanan itu akan menjadi bertambah hangat dan meriah.

pengadil

Menariknya, gadis ini adalah pengadil di padang hijau yang bertubuh kecil dan tampil dengan imej berhijab. Walaupun gaya pemakaiannya agak berbeza dengan pengadil perempuan di luar negara, namun gaya pemakaiannya tetap masih menuruti peraturan FIFA.

photo_2016-05-05_08-43-54

Gadis ini lahir pada 1 November 1998 dan berasal dari Panchor, Negeri Sembilan ini pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Dia seorang yang periang dan tidak lokek melemparkan senyuman sewaktu mengadili setiap perlawanan yang dihadirinya.

photo_2016-05-05_08-43-25

Nurul Ain Izatty Binti Zainal mula menceburi bidang pengadilan bola sepak ini sejak tahun 2012 ketika beliau berusia 14 tahun. Kini, beliau sudah memiliki lesen pengadilan peringkat kebangsaan.

Penglibatan dirinya dalam bidang ini adalah hasil galakan para pengadil FIFA serta dorongan oleh bekas pemain bola sepak Malaysia iaitu Nur Akmal Binti Anuar.

Minatnya yang mendalam dalam bidang pengadilan bola sepak ini turut disokong penuh oleh kedua ibubapa dan abangnya. Impian Nurul Ain Izzaty adalah untuk menjadi sebahagian daripada barisan pegawai pertandingan perlawanan Piala Dunia pada suatu hari nanti tercapai.

Terdapat banyak kenangan-kenangan sepanjang penglibatan beliau didalam dunia pengadil bola sepak ini. Di antara kenangan manis beliau ialah sewaktu beliau menjadi pegawai perlawanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah Peringkat Kebangsaan 2016.

Dan kenangan yang dianggap paling menyedihkan beliau sewaktu beliau gagal untuk melepasi Ujian Kecergasan Peringkat Kebangsaan yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan terlibat dengan kejohanan-kejohanan besar.

Boleh dikatakan perkhidmatan beliau sering diperlukan bagi mengadili perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan bola sepak lelaki di sekitar daerah-daerah Negeri Sembilan.

photo_2016-05-05_08-43-14

Di samping itu juga, Izatty turut mempunyai bakat besar didalam bidang sukan lain seperti sukan taekwondo, badminton, olahraga dan futsal. Untuk pengetahuan anda semua, Izatty pernah menjuarai National Junior 2012 dan pernah menjadi pelapis kebangsaan bagi sukan Taekwondo.

Beliau juga pernah bermain badminton dan olahraga di peringkat negeri. Sukan futsal juga tidak asing bagi Izatty kerana beliau dan pasukannya pernah menjuarai Kejohanan Futsal MAYC peringkat Kebangsaan.

Fullscreen capture 552016 91210 AM.bmp

Kejayaan-kejayaan yang diperolehinya dalam bidang sukan yang berbeza ini telah membuktikan bahawa Izatty adalah seorang permata yang harus diberi perhatian dan amat bernilai di dalam dunia sukan negara kita.

Semoga Impian gadis ini untuk menjadi sebahagian daripada barisan pegawai Kejohanan perlawanan Piala Dunia pada suatu hari nanti tercapai.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.