Polis Nafi Lelaki Pemandu Mercedes Biadap Warga Singapura


JOHOR BAHRU: Pihak Polis Johor hari ini tampil menegaskan bahawa lelaki yang memandu kereta Mercedes yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini tiada katian dengan pemandu Singapura seperti didakwa, lapor Sinar Harian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik negeri, Superintendan Baharudin Mat Taib berkata, semua saksi yang terlibat dalam kemalangan telah tampil membuat laporan polis.

Menurutnya beliau, pemandu kereta yang menggunakan nombor pendaftaran Singapura itu akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan memandu secara melulu, atau dengan kelajuan dalam keadaan berbahaya kepada orang ramai.

“Polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu-lintas.

“Berdasarkan semakan dibuat melalui Sistem Cops, mendapati pemandu terbabit mempunyai 13 rekod  saman dijelaskan. Ia membabitkan 12 kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan.

“Pihak berkenaan diminta untuk tampil memberi keterangan bagi memudahkan polis menjalankan siasatan lanjut. Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat, diminta berhubung di talian hotline 07-2212999 atau Facebook Polis Johor,” katanya.

BACA: Tiada Kesan Langgar Sebagai Bukti, Lelaki Warga Singapura Ini Tetap Boleh Didakwa - Polis

Sebelum ini tersebar di laman sosial seorang lelaki didakwa memandu dengan merbahaya apabila menukar lorong secara tiba-tiba tanpa memberi isyarat yang menyebabkan empat buah kenderaan mengalami kemalangan.

Dia kemudiaannya tanpa rasa bersalah meneruskan perjalanan sebelum dikejar orang ramai.

Apabila ditahan dia dikatakan bersikap kurang ajar dengan memberitahu keretanya tidak terdapat kesan kemalangan membuatkan mereka tiada bukti untuk mendakwanya selain mengatakan dia rapat dengan pihak polis Johor. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.