Pemimpin Parti Islam Bangladesh Digantung Hari Ini



DHAKA, 11 Mei: Ketua Parti Islam terbesar di Bangladesh dipukul mati awal hari ini kerana peranan beliau dalam pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang ketika perang kemerdekaan negara tersebut menentang Pakistan pada 1971.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan, pemimpin parti Jamaat-e-Islami, Motiur Rahman Nizami, 73, digantung kira-kira jam 12.10 pagi waktu tempatan hari ini di penjara di tengah Dhaka dalam kawalan keselamatan ketat.

Ketika hukuman dijalankan, sekumpulan aktivis kelihatan meraikan perkara tersebut di luar penjara.

Pelaksanaan hukuman itu dilakukan beberapa jam selepas keluarga Nizami melawat beliau untuk kali terakhir.

Jasad beliau diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan keluarga di daerah utara, Pabna kawasan asal pemimpin itu.  - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.