"Mereka Tidak Akan Terlepas, Tunggu Surat Saman Sampai" - Polis


SEREMBAN: Kesemua pemilik kenderaan ayng dikesan menggunakan laluan kecemasan ketika insiden kemalangan di Kilometer 228.6 Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Rembau Ahad lalu tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan, lapor Sinar Harian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Md Dali Wahid berkata, kesemua pesalah trafik yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan di mana semua surat saman akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Saya sangat kesal dengan segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan menggunakan laluan kecemasan dengan sesuka hati.

"Misalnya kes di Kilometer 228.6 tempoh hari, jelas sekali menunjukkan ramai pengguna kenderaan menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans.

"Ini secara tidak langsung menyukarkan operasi menyelamat, sekali gus memberi kesan kepada mangsa kemalangan yang terlibat," katanya semalam.

BACA: "Tolong Ambil Tindakan Terhadap Mereka Yang Salah Guna Lorong Kecemasan Hari Itu" — Kakak

BACA: [Video] “Sesiapa Yang Salah Guna Lorong Kecemasan Ketika Kejadian Semalam, Anda Adalah Pembunuh!”

Beliau turut menegasakan pihak polis trafik kini sedang giat mengesan pengguna kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan tersebut di mana dalam kejadian Ahad lalu, sebuah kemalangan tragis telah mengorbankan nyawa dua beradik.

Namun kerana sikap pentingkan diri sesetengah pengguna jalanraya yang menggunakan laluan kecemasan, pihak ambulans yang dihubungi terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di lokasi kemalangan kerana tersangkut dalam kesekasakan lalu lintas akibat laluan kecemasan terhalang.

Menurut saksa, mangsa kemalangan yang merupakan dua beradik telah menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sebelum cedera parah akibat terlanggar kereta rosak di laluan kecemasan.

Bagaimanapun akibat kelewatan ambulan tiba menyebabkan kedua-dua mangsa lambat dirawat dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.