Mayat Terakhir Tragedi Helikopter Terhempas Ditemui


SRI AMAN: Mayat terakhir mangsa nahas helikopter yang terhempas di Sebuyau telah ditemui kira-kira jam 10.45 pagi tadi di kawasan Triso, di sini.

Menurut pihak Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Dato Abd Aziz Yusof , mayat terkahir berkenaan telah tiba di pusat operasi di jeti Lingga kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

"Pihak polis mengesahkan kesemua keenam-enam mangsa telah ditemui, seperti semua sedia maklum hanya mayat juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas merupakan mangsa terakhir."

"Seperti kebiasaannya kita tidak boleh mengesahkan sehingga pihak hospital yang mengesahkan," katanya dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, walaupun kesemua mangsa telah ditemui, operasi mencari bangkai helikopter akan diteruskan. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.