Kemaluan Membusuk Selepas Pakai Seluar Dalam Beracun


Hangzhou, China - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati kemaluannya membusuk kerana memakai seluar dalam yang telah dbasuh dengan racun.

Lelaki terbabit, yang dikenali Zhang, dilaporkan telah bergaduh dengan isterinya baru-baru ini.

Hasil siasatan polis menunjukkan isterinya telah membasuh seluar dalam suaminya itu dengan racun dan mengeringkannya sebelum memberinya pakai ketika majlis perkahwinan anak perempuannya.

Zhang hanya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila kemaluannya mula membusuk dan dia mengalami sesak nafas selama beberapa hari.

Apabila ke hospital, doktor memberitahu dia telah diracun.

Zhang kemudian terpaksa dimasukkan ke wad selama 3 minggu, termasuk 2 minggu di dalam ICU.

Isterinya telah ditahan polis untuk siasatan lanjut. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.