Kanduri Kahwin Bertukar Menjadi Kanduri Arwah

OKS

Kanduri Kahwin Bertukar Menjadi Kanduri Arwah|Impian seorang ibu untuk melihat anak perempuan sulungnya melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila anaknya itu maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 55, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, di sini pada jam 9.30 pagi tadi.

Lebih menyedihkan lagi, kemalangan tersebut turut meragut nyawa anak lelaki keduanya yang menunggang motosikal tersebut.

Difahamkan ketika kejadian Muhamad Amirul Mohd Asri, 21, yang menunggang motosikal itu dan kakaknya Norhayatie, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Perupok Jenereh, Pasir Mas dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, motosikal mangsa hilang kawalan apabila melalui selekoh di kawasan berkenaan sebelum terbabas dan merempuh tembok.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Manakala Norizan Mamat, 48 ibu mangsa, berkata, sehingga sekarang dia masih lagi terkejut dan tidak percaya kedua-dua anak kesayangannya itu pergi serentak.

“Tinggal sembilan hari lagi kenduri kahwin akan diadakan, barang-barang persiapan seperti bunga telur, hantaran semua dah siap.

“Ini merupakan kenduri kahwin pertama keluarga kami dan seekor lembu akan ditumbangkan untuk menjamu saudara mara serta tetamu.

“Saya tidak menyangka kenduri kahwin ini akan bertukar menjadi kenduri arwah, dan jika dihitung 29 Mei ini genaplah tujuh hari pemergian kedua-dua arwah,” katanya ketika di temui di Kampung Perupok Jenereh di sini.

Bakal pengantin, Norhayatie Mohd Asri, 26, dan adiknya, Muhamad Amirul,21, merupakan anak sulung dan kedua daripada lima beradik.

Status terakhir mangsa.

13241178_1001644546555634_1725386465139932655_n

12079049_1001644616555627_7927492979751364095_n

Tags: #Bertukar #kanduri kahwin #maut kemalangan #menjadi kanduri arwah #sembilan hari lagi nak kahwin

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.