K. Rajagobal Tinggalkan Sarawak



KUCHING, 9 Mei: Ketua jurulatih Sarawak, Datuk K Rajagobal bersetuju untuk meletak jawatan bermula hari ini berikutan prestasi kurang memuaskan pasukan tersebut pada musim ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman.

Katanya juga, keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama.

BH Online juga melaporkan, FAS sebelum ini menawarkan tugas lain kepada bekas jurulatih kebangsaan itu namun beliau enggan menerimanya.

Penolong jurulatih, David Usop kini dipertanggungjawabkan memikul tugas itu sehingga keputusan lain dibuat kelak.

Sementara itu, Rajagobal ketika ditemui berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan, pemain dan penyokong bola sepak Sarawak.

Pengendali berusia 57 tahun itu menyertai Bujang Senang, Disember lalu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robert Alberts dari Belanda. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.