Jam Tangan Pintar Android Kini Menyokong Windows 7

Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel mengenai jam tangan pintar keluaran Apple iaitu iWatch yang berjaya menyokong sistem operasi Windows 95. Mungkin sekadar eksperimen tetapi siapa sahaja yang mahukan sistem operasi yang sudah hampir 21 tahun disatukan dengan peranti terbaru.

Baru-baru ini Hacking Jules juga melakukan eksperimen yang hampir sama cuma pada kali ini menggunakan jam tangan pintar LG G Watch dan digangidngkan dengan sistem operasi yang tidaklah begitu lama iaitu Windows 7.

Hasilnya, sangat wow dan berjaya untuk dihidupkan. Seperti biasa, tiada harapan yang tinggi untuk Windows 7 menyokong peranti android bersaiz skrin 1.65-inci secara penuh namun ini tetap menjadi eksperimen yang menarik. Oh ya, Hacking Jules juga ada menyertakan tutorial untuk install Windows 7 di dalam LG G Watch ini.

Buat anda yang berminat dan mempunyai kesabaran yang tinggi silakan mencuba namun harus diingat, anda memerlukan 3 jam untuk menghidupkan Windows 7 secara sepenuhnya. Buat anda yang lain jom layan video LG G Watch ini yang pastinya lebih pendek ini.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.