Ini Sebab Air Sungai Terbentuk Di Kawasan ‘Bidadari Kecil’

Terletak di Semenanjung Yucatan di Mexico, ada sungai air rahsia yang dipanggil Cenote Angelita. Ia bermaksud ‘bidadari kecil’ di dalam bahasa Sepanyol.

Ia boleh dikatakan pembentukan yang paling unik didalam dunia ini, dimana terdapat lapisan nipis hidrogen sulfat memisahkan air masin daripada air tawar di atasnya, yang membolehkan penyelam berenang di sepanjang pembentukan air ini.

Ia kelihatan seperti aliran sungai dengan pembentukan permukaan tanah di dasar lautan tersebut. Di situ juga terdapat serpihan-serpihan pokok yang patah dan daun pada kedua-dua belah “pantai”, membuatkan pemandangan laut ini kelihatan lebih nyata!

Pengalaman mengenai keunikan sungai ini telah dikongsikan oleh Anatoly Beloshchin. Beliau adalah seorang jurugambar yang amat ghairah dalam bidang fotografi penyelaman. Beliau telah mengembara ke Yucatan di Mexico semata-mata untuk mengambil gambar-gambar yang dianggap sangat unik dan amat bernilai dalam bidang fotografi di bawah laut.

Hasil rakaman video dan tangkapan gambar beliau adalah sangat mengujakan!.

Bagaimanakah Sungai Ini Terbentuk?

Selepas beberapa lama, lubang benam yang dalam telah dipenuhi dengan air hujan yang bersifat air tawar. Sungai di bawah lautan ini terbentuk apabila air tawar diatas permukaan telah bertemu dengan air masin di dasar lautan.

Tahap ketumpatan yang berbeza di kedua-dua perairan ini menyebabkan terdapat 2 lapisan diantara air tawar dan air masin. Titik di mana kedua-dua air bertemu dan menyebabkan sejenis cecair kelihatan daripada kesan pertembungan itu dipanggil ‘halocline’ dan hasilnya adalah amat menakjubkan!

Anda tidak akan menyedari seandainya penyelam-penyelam itu tidak membawa tong gas disisi mereka kerana gambar-gambar yang diambil seolah-olah seperti sesi fotografi di tepi pantai yang indah pada waktu malam.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.