‘Delayed Gratification’ Perkara Penting Untuk Usahawan Amalkan Di Dalam Bisnes

Sebagai seorang usahawan, antara perkara yang penting saya belajar daripada mentor-mentor saya adalah kepentingan ‘delayed gratification’ (menangguhkan kepuasan) sementara untuk masa depan bisnes.

Konsep ini juga sama dengan seorang Muslim yang menangguhkan kepuasan dan bersabar di dunia untuk akhirat yang kekal abadi.

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”

(H.R.Muslim).

Apa yang dimaksudkan dengan menangguhkan kepuasan ialah seorang pemilik perniagaan perlu menjadi orang terakhir menerima bayaran dengan konsep ‘Leaders Eat Last’.

Siapa yang perlu dibayar dahulu?

Aset dan melabur semula dalam bisnes.
Pekerja.
Pakar (konsultan atau pakar dalam bidang tersebut).
Pelabur.
Pembekal.
Pemilik perniagaaan.

Pemilik perniagaan perlu terlebih dahulu memastikan keseluruhan urusan berkaitan perniagaannya sudah dibayar barulah dia menjadi orang terakhir menerima bayaran paling tinggi.

Ada istilah yang selalu dipopularkan oleh Steve Job dan Robert Kiyosaki iaitu ‘bekerja bukan kerana wang’. Mereka belajar menangguhkan kepuasan bagi memastikan aset dan syarikat berkembang sebelum mereka menerima hasilnya pada jangka masa panjang.

Ada juga yang menggunakan pinjaman atau modal daripada pelabur untuk membeli kereta mewah, membayar gaji yang tinggi kepada diri sendiri, ruang pejabat yang besar di fasa-fasa awal perniagaan. Ini salah satu sindrom ‘red alert’ bagi sesuatu perniagaan.

Sekiranya pemilik perniagaan menjalankan tanggungjawab dengan baik dengan membayar semua pihak bagi mengumpul asetnya dan mengembangkan bisnes, aset dan perniagaan yang bakal dimiliki seharusnya akan lebih bernilai berbanding jumlah yang diterima sebagai bayaran.

Selain kisah Usahawan Syurga seperti Abdul Rahman Auf dan sahabat-sahabat lain, saya juga pernah membaca tentang kisah hidup Syed Mokhtar Al Bukhari, Steve Job, Jack Ma dan Elon Musk.

Hanya orang yang cukup gila, boleh mengubah dunia.

Hanya orang yang cukup gila, boleh mengubah dunia.

Steve Job ialah founder syarikat Apple, kemudian Next dan Pixar. Pixar telah dijual kepada Disney. Manakala Next kemudian dibeli oleh Apple.

Elon Musk pula merupakan co-founder kepada PayPal yang telah dibeli oleh eBay. Hasilnya, beliau telah memulakan bisnes baru iaitu Tesla (kereta elektrik dan solusi tenaga) dan SpaceX (roket).

180 juta, dan semuanya dilaburkan semula.

180 juta, dan semuanya dilaburkan semula.

Persamaan Steve Job dan Elon Musk adalah:

Kedua-duanya pernah pernah dibuang kerja daripada syarikat sendiri kerana idea ‘gila-gila’.

Kemudian diterima dan menaikkan syarikat kembali.

Steve Job masuk semula selepas 12 tahun – ketika Apple diambang bankrap dengan gaji 1 dollar.

Manusia dan bisnes ada masa ‘up & down’

Jika bisnes jatuh, bukan semata-mata kerana produk atau servis itu tiada market, tetapi strategi dan leadership perlu dilihat semula.

Buat bisnes bukan semata-mata untuk hidup mewah atau kaya, tapi ada tanggungjawab yang besar di sebaliknya.

‘With great power, comes great responsibility.’

Ada suatu kajian yang dilakukan kepada oleh Standford University pada tahun 1960-an terhadap kanak-kanak berusia 4-5 tahun tentang ‘Delayed Gratification’ iaitu pemberian marshmallow; sejenis gula-gula yang menggiurkan kanak-kanak.

Mereka boleh makan terus 1 marshmallow yang diberikan, namun jika mereka sanggup menunggu mereka akan memperolehi 2 marshmallow.

Boleh lihat video ini.

Selama 40 tahun, kajian terhadap orang yang sama membuktikan kanak-kanak yang telah membesar dan sanggup menunggu marshmallow kedua lebih berjaya dalam pembelajaran dan kerjaya berbanding kanak-kanak yang tidak sanggup menunggu.

Jika direfleksi, ini berkaitan dengan kesabaran, ketabahan dan kecekalan dalam melakukan sesuatu sehingga berjaya. Semua kejayaan di dunia dan akhirat bermula dengan niat, kesabaran, ketabahan, istiqamah dan fokus sehingga berjaya.

‘Yakin Sebelum Berjaya.’

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.