BMW Reka Kerusi Roda Lumba Untuk Atlet Paralimpik

BMW dan DesignworksUSA mengambil inisiatif untuk membina kerusi roda lumba yang lebih baik untuk atlet Paralimpik Amerika. Rekaan terbaru kerusi roda ini akan mengambil kira keselesaan dan keupayaan untuk pergi lebih laju. Kerusi roda lumba traditonal menggunakan roda besar di belakang dan rekaan BMW tidak lari dari rekaan asal cuma ada penambaikkan yang dibuat.

Contoh kerusi roda lumba traditional

Contoh kerusi roda lumba traditional

Setiap pelumba akan duduk di atas kerusi roda lumba mereka dan badan atlet itu nanti akan diimbas dengan komputer untuk mengetahui aerodinamik setiap pelumba. Jadi rekaan kerusi roda itu nanti akan dibuat berdasarkan tubuh pelumba untuk mengurangkan halangan angin.

Seperti biasa, carbon fiber digunakan untuk menjadikan kerusi roda ini seringan yang mungkin. Kerusi roda ini nanti akan digunakan atlet paralimpik Amerika pada Rio Paralympic tahun hadapan. Tahniah BMW dan DesignworksUSA.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.