Bilal Rebah Ketika Mahu Laungkan Iqamat



BUTTERWORTH, 22 Mei - Seorang bilal menghembuskan nafas terakhir ketika baru hendak melaungkan iqamat dalam kejadian di sebuah masjid di Teluk Air Tawar petang semalam.

Mohd Radzi Othman, 78, rebah ketika hendak melaungkan iqamat untuk solat Zohor kira-kira jam 1.30 petang.

Mangsa, yang ketika itu baru lepas mengambil wudhu dilihat memegang dadanya berulang kali sebelum rebah dalam ruang solat masjid tersebut.

Jemaah yang terkejut dengan apa yang berlaku lantas mendapatkan arwah.

Mohd Radzi bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Jenazah Mohd Radzi kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Air Tawar malam tadi, lapor Sinar Online.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.