Beli Buku Menang Volkswagen Polo Antara Yang Awesome Di PBAKL 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 datang lagi! Kali ini Di MAEPS, Serdang bermula 29 Mei 2016 lalu sehingga 9 Mei 2016 nanti. Mungkin agak jauh berbanding venue di PWTC tahun lepas tetapi dengan ruang yang lebih luas di MAEPS, memang lagi meriah PBAKL tahun ni!

Bagi pelajar yang belum gunakan baucar buku RM250 yang anda terima tu, boleh la gunakan di sini. Memang banyak pilihan sama ada ada hendak beli buku rujukan ataupun novel. Boleh kata hampir semua penerbit buku berkampung di PBAKL antaranya Alaf 21, Sasbadi, Suhan Publication, PTS Media Group, Cerdik Publication dan banyak lagi.

pessstaa

Antara buku yang menarik perhatian saya adalah buku tulisan Adolf Hitler, ‘Mein Kampf’ yang diterjemah ke dalam bahasa Malaysia oleh Thukul Cetak. Saya memang mencari buku ini untuk bacaan saya dan tak sangka boleh dapat di PBAKL, dalam bahasa Melayu lagi. Fixi menerusi Grafixi pula menerbitkan dua novel grafik awesome DC Comics ini; ‘Superman & Batman: Public Enemies’ dan ‘Superman & Batman: Public Enemies’ yang sangat cun dah kualiti buku ini sangat hebat. Kalau anda ke booth Fixi, boleh pertimbangkan untuk dapatkan buku ini.

Batmnaaann

Paling menarik tentang PBAKL kali ini adalah tawaran yang dibuat di booth Dubook Press. Kalau tahun lepas mereka beri Vespa untuk pengunjung bertuah, tahun ini mereka beri kereta Volkswagen Polo! Rasanya Dubook Press adalah penerbit buku pertama yang beri hadiah kereta kepada pembeli buku mereka. Hebat sebab syarikat penerbit buku yang masih baru dapat memberi pengunjung hadiah seumpama ini. Dan banyak juga karya-karya baru yang dijual di booth Dubook Press antaranya #TheAmranFans.

13077059_1146527525366355_7286942142386753375_n

Jadi, bagi siapa yang ulat buku atau baru mahu mulakan minat membaca, silalah ke PBAKL. Memang banyak pilihan. Tepuk dada tanya selera sahaja. Dan kalau lapar, ada warung untuk anda makan di luar dewan. Marilah membaca, kerana membaca itu jambatan ilmu.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.