‘Batmobile’ Jenama Bugatti Milik Pereka Fesyen Ralph Lauren

Pereka fesyen terkenal Ralph Lauren memang pengumpul dan gila kereta klasik. Koleksi kereta klasik milik Ralph kebanyakkannya sangat rare dan exotic. Ini adalah antara koleksi paling disayangai beliau, Bugatti Type 57SC Atlantic Coupe tahun 1936. Cuma terdapat dua unit sahaja kereta ini di dunia.

Ralph Lauren

Kereta bewarna hitam ini adalah kereta paling seksi bagi Ralph. Kereta ini dikira sports car pada tahun 1930an dan tidak ramai yang mampu memiliki kereta ini ketika itu. Untuk Ralph menjaga kereta ini seperti showroom condition adalah satu usaha yang murni kerana kalau tiada yang membaikpulih dan menjaganya, kereta ini pasti hilang ditelan zaman.

Enjin kereta ini pun hebat; 8 silinder dengan twin overhead camshaft dan mampu bergerak sepantas 200km/j. Sangat laju untuk kereta pada zaman itu. Bugatti Veyron pasti bangga kerana mempunyai ‘atok’ yang cool dan seksi sebegini. Kalau Batman wujud pada tahun 1930an, Ini pasti bentuk Batmobile beliau.

ralph-lauren-1936-bugatti-type-57sc-atlantic-coupe-2

ralph-lauren-1936-bugatti-type-57sc-atlantic-coupe-3

i7u07ow0mjzjcnf8tbf9

jcouh4mww2qbru7xs5m6

Lihat video di bawah kalau anda mahu dengar bagaimana bunyi kereta ini. Sedap kereta ini ‘mengaum’.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.