9 Fakta Tabiat Sarapan Orang Malaysia Dan Bagaimana Ia Mempengaruhi ‘Breakfast Business’

Breakfast Business?

Masih ingat fenomena penjual sarapan yang berkostum Deadpool? Nasi lemak Spiderman? Penjual kopi drive through berharga RM1? Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka kerana berani mencuba sesuatu yang baru dalam strategi marketing mereka.

Nasi lemak spiderman.

Nasi lemak spiderman.

Satu ketika, ketika membeli sarapan di gerai, terdetik dalam fikiran untuk mengetahui berapa agaknya pendapatan sehari penjual sarapan itu. Mereka hanya fokus pada mee kasar dan halus yang berlaukkan telur goreng atau sosej, pada harga RM1, nasi lemak RM1.50, dan kuih muih yang masih kekal pada harga old school iaitu RM1 untuk 3 jenis kuih. Dalam hati sempat bermonolog, zaman ini pun masih terdapat harga sebegini di pinggiran kota. Bila ditanya berapa jualan sehari, adakah cecah RM300? RM400? Mereka hanya senyum dan dengan tenang menjawab “lebih”. Wow!

Makan merupakan asas keperluan manusia. Manusia biasanya akan makan paling kurang sekali. Rakyat Malaysia sangat sinonim dengan makan. Malah, makan sudah menjadi budaya dalam masyarakat, bukan sahaja untuk majlis, kenduri atau perayaan, malah turut dijadikan bahan sapaan ketika bertemu. Contohnya, “tuan sudah makan?” ketika berselisih di tepi jalan.

Sandwich Deadpool.

Sandwich Deadpool.

Menurut kajian (sumber daripada Jabatan Penerangan Malaysia) pelajar yang bersarapan 22% skor lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak bersarapan. Orang bersarapan juga dapat mengawal berat badan berbanding orang yang melewatkan sarapan. Statistik seperti ini menguatkan fakta bahawa sarapan penting.

Bagi yang menjalani perniagaan Food & Beverage, masalah yang perlu diselesaikan adalah sediakan makanan bagi mereka yang lapar, dan sediakan air bagi mereka yang haus, as simple as that.

Bagi yang berminat atau baru menjalani perniagaan, disarankan agar membuat kajian kasar siapa target customer kita dan kenal siapa mereka. Atas maksud itu, satu kajian telah dibuat bagi memerhatikan paten sarapan rakyat netizen.

Namun, ini merupakan jawapan daripada hanya 50 responden, tidak menyeluruh, masih terdapat kemungkinan dan kebarangkalian yang tidak pasti. Justeru, analisa ini juga boleh dijadikan gambaran umum tentang paten sarapan pagi bagi sebahagian kecil rakyat marhein.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca! Kajian tersebut dibuat dalam Google form.

1. Waktu sarapan

sarapan-04

Jika kita perhatikan, paling ramai responden mengambil sarapan adalah antara 6am-10am. Kalau kita nak target customer yang nak breakfast, inilah waktu puncak dia.

Kemudian, kita kena tahu apa channel kita yang menghubungkan pelanggan kepada produk kita. Sama ada melalui agen letak di pejabat atau sekolah, buka gerai tepi jalan yang ramai kereta lalu lalang, jual di tempat yang ramai pejalan kaki, dan banyak lagi idea yang boleh dicuba!

2. Tempat sarapan

sarapan-05

Daripada jawapan responden, paling tinggi adalah mereka yang mengambil sarapan di rumah. Tidak apa, yang ini kita simpan kejab.

Jawapan responden kedua dan ketiga tertinggi adalah mereka yang tempat sarapan adalah di pejabat atau restoren.

Jadi mereka ini yang kita cari. Maksudnya, kita sudah tahu bahawa memang terdapat orang yang akan makan di pejabat atau terus sarapan di kedai atau restoren. Oleh itu tugas kita adalah kenalpasti bagaimana kita boleh sampai kepada mereka.

3. Menu sarapan

sarapan-06

Nasi lemak memang king. 60% kot ber”menu”kan nasi lemak. Maksudnya peniaga nasi lemak don’t worry, jualan korang memang akan ada sales 60% dalam tangan insyaAllah.

Menu kedua yang boleh diperhatikan ialah roti atau jenis bread, contohnya bun, sandwich, roti kaya etc. Ini bukan roti canai kerana roti canai masuk kategori lain yang mana cuma 8% saja yang berminat.

Menu ketiga meletop adalah kuih-muih termasuk yang tradisional. Menu lain termasuklah biskut kering, dan western food (pagi-pagi?).

4. Harga yang responden sedia bayar untuk sarapan

sarapan-07

62% menjawab bawah daripada RM5, diikuti 30% untuk sarapan antara RM5-RM10, 6% sanggup bayar lebih daripada RM15, dan hanya 2% harga sarapannya sekitar RM10-RM15.

Harga ini penting bagi mengambil tanggapan awal target customer kita. Jika kita kenal siapa customer kita, dan tahu apa yang dia nak, maka kita seolah-olah sudah berjaya menambat separuh daripada hati dia.

Dalam hal ini, memandangkan 62% responden menjawab bajet mereka sarapan adalah kurang dari RM5, maka sebagai entrepreneur kena bijak dan inovatif dalam menghasilkan produk bernilai bawah RM5 agar pelanggan kita tidak fikir panjang untuk membeli produk kita.

Kita juga boleh memikirkan untuk capture customer yang memang bajet mereka habiskan sarapan dalam sekitar RM5-RM10, kerana golongan ini terdiri daripada 30% responden.

5. Kekerapan keluar sarapan dalam seminggu

sarapan-08

38% akan keluar sarapan 1-2 kali seminggu, kategori paling ramai. Namun, yang keluar sarapan 3-4 kali seminggu pun tidak kurang ramainya. Maksudnya, pasti akan ada orang yang akan beli sarapan. Ini cuma angka anggaran. Tabiat manusia paling sukar nak ramal.

6. Sarapan buatan sendiri

sarapan-10

54% responden menyatakan mereka jarang sekali sediakan sendiri, 24% tidak sediakan sarapan sendiri manakala baki 22% sediakan sarapan sendiri dari rumah.

54% peratus kadang-kadang buat sarapan di rumah, maksudnya mereka akan makan di luar rumah sama ada di pejabat atau di kedai atau restoren.

Ini mungkin disebakan mereka kurang ada masa untuk siapkan sarapan mereka. Golongan begini yang kita perlu capture. Selesaikan masalah tiada masa mereka dengan siapkan sarapan yang sudah siap dan mereka hanya tinggal kunyah saja.

7. Packaging

sarapan-11

52% resonden menyatakan mereka kisah tentang packaging bagi sarapan mereka, 26% katakan tidak kisah dan baki 22% mungkin akan kisah packaging sarapan. Cinta pandang pertama, sedap soal kedua. Bila bergabung, meletup. Kemungkinan besar akan repeat order.

Pelanggan lagi tertarik dengan packaging yang handsome dan cantik menarik tertarik kau memang deboom! Lagi-lagi jika packaging itu boleh reuse balik untuk kegunaan lain. Contohnya, jus yang dijual dalam botol kaca. Selepas habis minum, customer boleh guna semula botol tadi untuk isi minuman lain etc.

8. Penghantaran sarapan

sarapan-12

48% responden mengatakan berminat untuk penghantaran sarapan, 30% katakan tidak berminat manakala 22% kata mungkin. Zaman moden ini membuatkan masa manusia menjadi pendek. Oleh itu semua orang nak cepat agar masa tersebut dapat digunakan untuk buat benda lain.

Jika kita dapat selesaikan masalah 48% orang ini dengan bagi penghantaran sampai di tempat kerja mereka, alangkah masyuknya!

9. Harga vs Nilai

sarapan-09

Pelanggan kini lebih bijak menilai nilai berbanding harga. Jika mereka rasa berbaloi, why not spend more katanya. 68% mengatakan adalah penting untuk melihat kedua-dua aspek dalam produk atau servis yang kita tawarkan.

Believe it or not, people will remember you if you give more value in your products or services.

Contohnya, nasi lemak A harga RM3, nasi lemak B harga RM2. Dari segi harga orang akan beli nasi lemak B kerana murah seringgit.

Namun, jika nasi lemak A menawarkan nilai packaging yang menarik, contohnya dalam bekas yang boleh reuse, ditambah lagi dengan tisu dan sudu percuma, maka orang tidak teragak-agak untuk beli nasi lemak A!

Menurut pak Warren Buffett, price is what you pay, value is what you get.

Semoga bermanfaat!
Good luck to all start up founders!

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.