7 Orang Ibu Paling Berani Demi Kelangsungan Hidup Anak-Anak, Menurut UNICEF

Menurut pihak UNICEF, mereka selalu jumpa para ibu di berlainan tempat dan masa tetapi melakukan perkara yang sama, iaitu para ibu sanggup melakukan apa sahaja pengorbanan untuk anak-anak mereka. Jadi, kalau anda nak tahu inilah 7 orang ibu paling berani menurut UNICEF yang diketengahkan di blog mereka.

1. Beranak ketika situasi bergolak

“Pada pagi serangan itu, kami larikan diri dengan bot dan pergi ke Chad. Saya hampir nak beranak dan waktu itu tak tahu pun kandungan saya adalah anak kembar. Saya perlu ke hospital untuk beranak. Saya betul-betul takut kehilangan mereka. Hari ini saya OK, dan apabila saya lihat anak kembar saya yang sihat ini, saya rasa dirahmati. Saya memang sangat takut kehilangan mereka,” Binta, Chad.

2. Ibu tunggal yang cacat

Naveen kematian suami selepas sekolah UN diletupkan di Gaza yang turut menyebabkan 3 anaknya cedera. Keutamaan Naveen kini adalah perihal kesihatan anak-anaknya kerana mereka telah melihat bagaimana ayah mereka meninggal dunia, keadaan orang yang cedera parah dan sebagainya.

Disebabkan itu semua mengganggu emosi psikologi anak-anaknya, Naveen telah mendapatkan sokongan psykososial daripada kaunselor yang bekerja dengan UNICEF iaitu The Palestinian Centre for Democracy and Conflict Resolution.

3. Ibu yang melihat anak tertimbus

Anak Bimila berada di dalam runtuhan selepas gempa bumi berlaku di Nepal. Ia adalah satu situasi yang mengerikan bagi seorang ibu sampai dia tak ingat apa-apa melainkan wajah anaknya berdebu dan berwarna biru.

“I thought ‘Oh my God, we are all alive. If another earthquake happens, we will be OK, because we are safe now. The world can fall apart, but we are together’” Bimala.

Anaknya selamat berkat usaha Bimala dan suami cepat-cepat mengalihkan runtuhan tersebut dan mencari anaknya, Kris.

4. Ibu status pelarian

Amira dan ahli keluarganya (termasuk suami Amira) merupakan pelarian dari Homs, Syria. Mereka berjalan jauh berminggu-minggu melalui darat dan air untuk ke Jerman bagi mencari perlindungan.

“Bahagian yang paling menakutkan adalah ketika menyeberangi air. Kami tidurkan 3 anak-anak sebelum bot berlepas, dan jadikan badan kami sebagai pelindung antara anak-anak dan laut supaya mereka tidak dapat melihat air. Waktu itu kami perlu kawal emosi agar emosi takut itu tidak dirasai oleh anak-anak kami,” Amira.

5. Ibu positif HIV

Wanita dari Malawi ini disahkan ada HIV ketika dia dilahirkan. Kini, Martha telah menjadi ibu dan anaknya itu bebas HIV. Sejak Rahim dilahirkan, Martha mendapatkan rawatan untuk anaknya setiap hari dan melakukan ujian selepas Rahim berusia 6 minggu. Marha gembira dengan status anaknya itu yang bebas HIV.

“Saya sungguh teruja, gembira dia tidak membawa virus itu. Membesar sihat dan kuat. Dia gembira, peramah dan selesa dengan sesiapa sahaja.”…”Saya menggalakkan ibu-ibu yang saya jumpa, jika mereka positif HIV, ia bukanlah bermakna dunia telah berakhir, mereka boleh hidup lama.”

Anda boleh baca dua lagi kisah ibu yang berani di laman web UNICEF di sini.

Ibu-ibu kita juga tidak kurang hebat dan berani. Cuba kita lihat pengorbanan yang telah ibu lakukan sejak kita lahir sehingga besar begini. Ibu adalah seorang insan yang mulia. Begitu juga dengan bapa kita.

Sesungguhnya hargailah ibu bapa kita sewaktu mereka masih ada. Bukan sekadar menghantar wang sahaja, luangkan masa untuk mereka agar dapat mencipta lebih banyak moments indah bersama.

Peluk cium mereka dengan spontan tanpa teragak-agak. Pastinya ibu terkejut dengan tindakan mereka dan kita akan dapat lihat betapa indahnya senyuman ibu waktu itu.

Sayangi dan cintai ibu bapa. Mereka tiada pengganti di dunia ini. Priceless and limited edition.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.