7 Jenis Pantri Dapur Yang Patut Anda Tahu Sebelum Buat Ruang Simpanan Stok

Kalau anda tonton rancangan TV Master Chef, pasti anda tahu apa itu bilik pantri. Ia adalah satu ruang simpanan stok khas untuk barangan dapur. Mungkin penyediaan pantri dapur ini bukan keutamaan kita di Malaysia, tetapi ia telah lama digunakan oleh orang di luar negara seperti di Eropah dan Amerika.

Stok yang disimpan tidak memerlukan peti sejuk. Contoh pasta, sos, air minuman, jem, jeruk, ikan kering, makanan bertin dan mungkin juga buku resipi. Stok makanan ini boleh dibeli pada harga borong kerana membelinya dalam kuantiti yang banyak. Malah, stok makanan ini boleh digunakan ketika situasi kecemasan seperti banjir besar yang tidak terjangka berlaku seperti pada tahun-tahun yang lalu.

Pantri dapur biasanya dibina dengan kabinet pasang siap di dalam bilik atau satu ruang di dapur. Ia boleh jadi ditutup dengan tirai langsir atau berpintu. Seelok-eloknya barangan pantri dilabel dengan menyatakan tarikh ia dibeli dan tarikh tamat tempoh. Dan stok digunakan berdasarkan konsep FIFO (first in, first out).

Terdapat 7 jenis pantri dapur yang patut anda pertimbangkan sama ada ia bersesuaian dengan saiz keluasan ruang dan konsep dapur anda.

1. Pantri di bahagian sudut

Kawasan sudut di dalam dapur selalu jadi pilihan ramai kerana ia mempunyai ruang yang lebih besar kerana berbentuk ruang segitiga.

2. Pantri di bahagian dinding

Ini sesuai untuk dapur yang mempunyai ruang bilik berbentuk segi empat panjang di mana ia mempunyai ruang dinding yang lebih lebar. Ini kerana pantri di bahagian dinding biasanya lebar tetapi tidak terlalu dalam dan ia boleh dibina sama ada berpintu atau terbuka. Ia biasanya dibina bersebelahan peti sejuk.

3. Pantri di kabinet pasang siap

Kabinet pasang siap yang telah ditetapkan di manakah ruang pantri dapur. Ia dibina bersama-sama set kabinet dan kebiasaannya diletakkan di bahagian bersebelahan dengan peti sejuk.

4. Pantri Butler

butlers pantry

Ini biasanya ada di rumah besar terutama yang dimiliki oleh orang kaya. Mungkin sebab itu namanya Butler, pembantu rumah agam. Pantri Butler adalah pantri dapur kedua dan ia adalah ruang tambahan sekiranya rumah itu perlu menyimpan stok simpanan yang banyak.

Pantri Butler ini terletak di antara dapur dan ruang makan atau laluan tangga bagi menyimpan segala pinggan mangkuk, trays, cawan dan gelas, sudu dan garfu serta pisau.

5. Pantri rahsia

Pantri dapur ini tidak kelihatan seperti sebuah pantri dapur. Sebab itulah ia dinamakan pantri rahsia. Untuk wujudkan pantri rahsia ini, kita perlu jadi lebih kreatif untuk menyesuaikannya dengan keadaan dapur kita. Ia boleh jadi di dapur atau berdekatan dengan dapur kita.

Contoh, pantri rahsia di ruang sudut dapur seperti pintu kabinet, tapi apabila dibuka ia adalah sebuah pintu bilik pantri rahsia.

6. Pantri orang Asia

Konsep pantri ini bersifat terbuka di mana ia hanyalah rak kabinet yang mempunyai ruang simpanan tanpa berpintu atau diselindungi tirai.

7. Pantri sejuk

Dapur pantri sejuk ini menempatkan semua stok simpanan yang memerlukan suhu rendah. Ya, tadi kita nyatakan dapur pantri adalah tempat menyimpan stok di suhu bilik. Tetapi sekiranya kita berkemampuan, tak jadi kesalahan untuk mewujudkan satu pantri sejuk bagi menyimpan daging-daging, susu, keju, dan sebagainya.

Jenis-jenis dapur pantri ini juga boleh dikategorikan dengan cara pantri itu digunakan seperti pantri freestanding iaitu rak kabinet yang ada di dapur.

Pantri mudah alih pula yang biasanya untuk dapur tiada ruang tambahan untuk dapur pantri, jadi ia memerlukan satu alat yang biasanya beroda untuk menempatkan stok simpanan.

Pantri pullout, ini melibatkan custom dapur kabinet. Sesuai untuk menjimatkan ruang. Akhir sekali, pantri tradisional iaitu almari.

Jika anda sudah ada pantri dapur di rumah, anda boleh kongsikan gambarnya dengan kami di sini.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.