7 Cara Buat Wanita Jatuh Cinta, Walaupun Anda Bukan Lelaki Idaman Malaya

Adakah anda mengalami masalah untuk mencari cinta? atau tidak mempunyai keyakinan diri untuk membuat seseorang itu jatuh cinta kepada anda?

Jika anda berada didalam keadaan ini, anda tidak perlu bimbang kerana ada begitu ramai lelaki diatas dunia yang mengalami masalah yang sama seperti anda.

Tujuan artikel ini adalah untuk membawa anda dan pasangan anda kepada alam perkahwinan dan bukan untuk menjadi “Playboy Malaya” yang hanya pandai mempermainkan hati wanita.

Disini terdapat 7 tip yang dapat membantu anda untuk membuat wanita pilihan anda jatuh cinta kepada anda.

1. Tunjukkan Perwatakan Sebenar dan Tidak Hipokrit

Ketika anda sudah meminati seseorang wanita itu, tampilkan diri anda yang sebenar dan seadanya. Dengan itu, wanita akan lebih mudah tertarik pada anda.

2. Melibatkan Diri Anda Didalam Perbualan Dengannya

Anda haruslah berusaha untuk terlibat dalam perbualan dengannya. Anda tidak perlu memulakan dengan topik yang berat, cukup dengan berbicara mengenai hobi masing-masing sahaja.

3. Jangan Terlalu Agresif Di Awal Perkenalan

love 4

Ketika wanita yang disukai anda juga turut menunjukkan reaksi yang positif, anda haruslah tetap berhati-hati dan jangan terlalu berlebihan.

Jika anda menelefonnya terlalu kerap, menghantar mesej setiap saat atau dengan menanyakan berbagai aktivitinya, maka dia akan mulai rasa tidak selesa dan menjadi hilang minat untuk teruskan sesuatu perkenalan itu.

Sebaiknya anda haruslah menjual mahal dengan menghadkan perbualan dan pertemuan agar timbul rasa rindu terhadap anda dan mula membimbangi diri anda.

4. Menjadi Pendengar Yang Setia

love 3

Anda haruslah mencuba untuk menunjukkan yang anda sedang mengambil berat tentang dirinya. Jadikanlah diri anda sebagai pendengar yang setia untuk mendengar setiap cerita yang diceritakan olehnya.

Ketika hubungan menjadi semakin akrab, maka luangkanlah masa untuk mendengar luahan hatinya pula. Sentiasa memberi pendapat yang baik dan tidak memudaratkan dirinya agar si dia akan merasakan diri anda adalah sangat penting untuk membimbingnya dan selalu ingin bersama anda.

5. Sering Membuat Dia Tertawa

love 2

Senyuman adalah senjata yang sangat berkesan untuk menjalin sebuah komunikasi dengan seseorang, terutama pada wanita. Tersenyum adalah sebuah refleksi dari mereka yang selalu memiliki pemikiran positif.

Maka anda haruslah pandai berjenaka supaya Si Dia akan terus tertawa dan ceria. Kesan daripada senyumannya, dia akan mula merindui anda apabila dia keseorangan mahupun sedang kesedihan kerana dia beranggapan hanya anda seorang sahaja yang mampu membuat dia tersenyum dan tertawa semula.

6. Menjaga Penampilan Diri Anda

love 1

Penampilan adalah sangat penting kerana 90% wanita diatas muka bumi ini meminati lelaki yang menjaga penampilan dan kebersihan diri.

Anda haruslah menampilkan penampilan yang kemas dan sentiasa memakai wangian dibadan. Bau pernafasan anda yang segar juga mampu membuatkan seseorang itu menjadi semakin selesa dengan anda dan mudah untuk jatuh cinta kepada anda.

7. Biarkan Perasaan Ingin Tahu Si Dia Menebal Didalam Hati

Membiarkan wanita pujaan anda tertanya-tanya mengenai keperibadian anda adalah cara yang paling berkesan untuk membuat wanita jatuh cinta yang mendalam terhadap anda. Jangan terlalu membuka tentang diri anda sepenuhnya dan biarkan Si Dia tahu secara beransur-ansur mengenai jati diri anda yang sebenar.

Jika anda terus menerus membuka keperibadian anda yang sebenar, maka besar kemungkinan ia menjadi mudah bosan kerana tidak ‘adventure’ baginya. Oleh itu, Biarkan perasaan ingin tahu mengenai diri anda terus mekar didalam dirinya seiring dengan waktu. Akhirnya, Si Dia pula akan cuba untuk terus mendampingi anda dengan harapan agar dapat mengenal anda dengan lebih dekat lagi.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.