5 Tip Travel Di Musim Sejuk Di Korea

Korea merupakan negara maju dan selamat untuk dilawati oleh pelancong. Kembara solo saya ke Korea bermula dari Seoul, Jeju dan kemudiannya Busan.

Oleh kerana ini merupakan kali kedua saya ke Seoul, saya hanya pergi ke tempat tertentu.

Saya gembira untuk berkongsi dengan anda bagaimana untuk berjimat ketika menggembara di Korea semasa musim salji.

1. Menaiki pengangkutan awam

travel-di-korea-1

travel-di-korea-2

Pengangkutan awam seperti bas dan subway di Korea sangat efisien dan menepati masa, terutamanya di bandar Seoul dan Busan. Kebanyakan tempat tarikan pelancong berdekatan dengan subway dan memudahkan pelancong untuk merancang masa perjalanan mereka.

Bagaimanapun, jika anda berkunjung ke Jeju, anda dinasihatkan untuk menyewa kereta bagi memudahkan perjalanan. Oleh kerana saya kembara solo, saya hanya bergantung kepada bas dan teksi.

Sila ambil perhatian, kekerapan bas dan teksi akan terganggu ketika cuaca bersalji. Ini kerana, saya terpaksa menaiki teksi daripada gunung Halla untuk balik ke hostel kerana bas tidak dapat pergi ke Hallasan.

2. Bawa makanan anda sendiri

travel-di-korea-3

travel-di-korea-4

Makanan halal agak sukar untuk di dapati di Korea dan hanya terdapat di beberapa tempat tertentu.

Di Seoul, Itaewon merupakan syurga bagi makanan halal dan beberapa tempat di Insadong, Myeongdong, Dongdaemun dan yang menyediakan makanan vegetarian dan berasaskan ikan.

Saya lebih gemar membawa makanan segera dan tin dari Malaysia dan masak di hostel. Ia dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga untuk mencari makanan halal di Korea.

Saya hanya berbelanja untuk membeli nasi segera, telur rebus, air dan makanan jalanan di Korea.

Baca: Menetap Lebih 7 Tahun Di Seoul, Lelaki Ini Berkongsi 7 ‘Survival Tips’ Ke Korea Selatan

3. Pergi ke tempat tarikan pelancong yang percuma

travel-di-korea-5

travel-di-korea-7

Korea menjadi terkenal kerana drama Winter Sonata yang memperkenalkan Pulau Nami kepada pelancong asing.

Selain daripada tempat wajib pulau Nami, banyak juga tempat menarik dan cantik yang tidak mengenakan tiket masuk.

Antaranya di Seoul, anda boleh pergi ke Namsan Tower, sungai Hangang, istana Unhyeongung, perkampungan Bukchon, taman Yeuido, Ilsan dan banyak lagi.

Jika anda ke Busan, anda tidak perlu bimbang kerana hampir semua tempat tarikan pelancong percuma. Manakala di Jeju, anda perlu sediakan wang kerana tempat tarikan pelancong di kenakan tiket masuk. Namun ia sangat berbaloi.

4. Tidur di Guest house

travel-di-korea-8

travel-di-korea-9

Rumah penginapan di Korea sangat selesa dan bersih. Sesuai untuk anda yang kembara solo dan ingin menjimatkan wang kerana pelbagai jenis bilik tersedia daripada solo hingga keluarga. Sarapan pagi dan wifi percuma disediakan.

Baca review sebelum menempah hotel untuk mengetahui jarak dan tempat rumah penginapan.

5. Research

travel-di-korea-10

travel-di-korea-11

Sebelum pergi ke sesebuah negara, pastikan anda buat homework cuaca, mata wang, tempat-tempat menarik dan sentiasa ada back up plan.

Contohnya, semasa menggembara ke Jeju, saya terpaksa membatalkan rancangan untuk pergi ke festival musim salji di gunung Hallasan kerana salji turun dengan lebat dan hanya pergi berjalan-jalan sekitar dengan tempat tinggal saya.

Jujurnya, kembara semasa musim salji lebih mencabar kerana kekangan masa, cuaca yang sejuk sehingga ke negatif 14 dan tidak lupa juga kenangan terkandas di Jeju.

Pergerakan juga agak terbatas kerana takut tergelincir dan ini merupakan pertama kali saya berada dalam musim salji. Saya terkilan kerana tidak dapat menawan Jeju kerana factor cuaca. Insyallah, saya akan ke Jeju lagi.

Baca lagi: 5 Tip Travel Cara Bajet ‘All In’ Bawah RM1000 Selama 5 Hari Di Seoul, Korea

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.