5 Chef ‘Orang Kita’ Yang Sedang Menyerlahkan Bakat Di Makkah al Mukarramah

As salam.

Semakin ramai golongan profesional yang mula menempatkan diri di Makkah al Mukarramah.

Kini, tenaga-tenaga pakar ‘orang kita’ sudah mula menyinar dan mengukir nama sendiri dalam pelbagai sektor di tanah barakah.

Ternyata kepakaran ini sudah mula bercambah di dalam pelbagai sektor profesional. Sesuatu yang patut kita banggakan dan ketengahkan kerana berada di sini sebagai tenaga profesional bermakna kita sudah semakin dipercayai dan diakui kehebatannya.

Lebih istimewa apabila berada di Makkah.. dapat memberikan khidmat bakti kepada seluruh tetamu-tetamu ALLAH yang datang. MashaAllah TabarakAllah..

Oleh itu saya mengambil peluang ini untuk menjadikan medium penulisan sebagai salah satu tempat merujuk ataupun ruang untuk kita sama-sama mengetahui dan menghargai tenaga-tenaga profesional yang telah menaikkan nama negara di Makkah al Mukarramah. Ternyata, hasil kerja orang kita sudah mampu membuka mata dan membuka ruang pekerjaan yang lebih meluas dalam kepakaran yang tersendiri.

Kalau beberapa tahun kebelakangan ini kita biasa melihat atau maklum tentang penglibatan tenaga profesional dari bidang pembinaan untuk projek-projek mega sahaja, amat mengagumkan saya apabila baru-baru ini saya telah berpeluang bertemu dengan beberapa orang tenaga profesional dalam bidang pemakanan atau kulinari yang menyumbang bakti untuk hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang di sini! Wow.

Chef-chef ini semua ternyata bukan calang-calang orangnya. Mereka telah mempunyai pengalaman istimewa mereka sendiri. Jom kita berkenalan dengan mereka..

Chef Zaffar Abd.Samad

Chef Zaffar

Chef Zaffar

Bertugas sebagai Executive Chef di Hotel JW Marriot Makkah.

Chef Sufi Mansor

Chef Sufi

Chef Sufi

Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dan kini berkhidmat sebagai Executive Chef di Hyatt Regency Makkah.

Chef Farizan Yahya

Chef Farizan

Chef Farizan

Mula bergiat dalam bidang masakan pada tahun 1996, Chef Farizan kini bertugas di Hotel Al-Safwah Royal Orchid sebagai Sous Chef bermula tahun 2013.

Chef Baharudin Che Isa.

Chef Baha Isa

Chef Baha Isa

Berasal dari Temerloh Pahang. Pernah menyumbangkan kepakarannya di Brunei dan juga Maldives. Beliau mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam bidang pastry dan bakery. Dan kini kepakaran beliau digunakan untuk Hotel JW Marriot Makkah.

Chef Hamzah Abd.Rahman

Chef Hamzah

Chef Hamzah

Memulakan kerjaya sejak berumur 18 tahun lagi. Lebih istimewa apabila beliau dibesarkan di dalam keluarga yang telah bergiat aktif di dalam bidang masakan untuk majlis-majlis besar seperti kenduri kahwin. Sebelum bertugas di Makkah sebagai Head Chef di Nozoly LTD, beliau pernah bekerja di Hotel Pullman Putrajaya. Chef Hamzah juga merupakan chef yang bertanggungjawab untuk memasak makanan kepada jemaah-jemaah haji di dalam khemah VVIP dari Asia Tenggara semasa musim haji.

“Tukang masak kerjanya enteng! Hari-hari masak nasi goreng..,” teringat pula lagu P.Ramlee dalam filem 3 Abdul.

Menjadi tukang masak profesional di Makkah, saya tidak merasakan ianya satu tugas yang ‘enteng’ kerana kota Makkah sentiasa menerima kunjungan tetamu ALLAH yang tidak putus saban hari. Tetamu-tetamu ini akan meningkat jumlahnya pada musim Ramadhan dan juga musim haji.

Bermakna kepakaran dan kerja keras chef-chef kita ini perlu bagi memastikan tetamu-tetamu ALLAH mendapat makanan yang bukan sahaja baik malah sedap rasanya! MashaAllah TabarakAllah..

Semoga ibadah di dalam pekerjaan yang dibuat mereka bukan sahaja dapat memuaskan hati para tetamu malah turut dapat menyumbang pahala di akhirat nanti. Bukankah kerja itu juga satu ibadah?

Si tukang masak untuk suami dan anak-anak, Masnira Ramli.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.