Xiaomi Bakal Mengumumkan Mi Band 2 Dengan Sokongan Paparan Skrin

Adakah seorang yang mahukan sebuah jam tangan pintar yang mempunyai ciri rekaan minimalis, jangka hayat bateri yang lama dan harga yang rendah? Xiaomi nampaknya berjaya buktikan bahaya ketiga-tiga ciri tersebut mampu dihasilkan dengan adanya Xiaomi Mi Band.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi Mi Band merupakan jam tangan pintar yang mempunyai harga yang boleh dikatakan agak rendah iaitu RM59 dan berjaya untuk bertahan selama 30 hari untuk satu pengecasan penuh.

s_be47312506ff450687440eb495f4566b-1

Tidak cukup dengan itu, Xiaomi pada baru-baru ini mengumumkan mereka bakal mengumumkan Xiaomi Mi Band 2 dengan sokongan paparan skrin. Sokongan paparan skrin LCD bakal memberi kemudahan buat pengguna untuk mengetahui waktu dan status jangka hayat Mi Band 2 dengan lebih mudah.

Sejujurnya, saya sangat tertarik dengan rekaan dan ciri-ciri yang disediakan pada pada Xiaomi Mi Band 2 dan berminat untuk mendapatkannya. Jika Xiaomi berjaya untuk mengekalkan harga yang sama sepertimana Mi Band pada versi yang pertama atau setidaknya harga kurang daripada RM100, saya yakin Xiaomi tidak mempunyai sebab untuk gagal.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.