(Video) Wanita Terjun Dalam Kandang Harimau Untuk Ambil Topi Jatuh


Toronto, Kanada: Seorang wanita sanggup untuk terjun ke dalam kandang harimau di sebuah zoo di sini hanya kerana hendak mengambil topi miliknya yang terjatuh ke dalam kandang tersebut.

Seorang pengunjung zoo telah berjaya merakam detik cemas berkenaan di mana kelihatan wanita berkenaan berjaya mencapai topinya sebelum naik semula dan harimau hampir berjaya menerkam ke arahnya.

Dia dilihat memanjat pagar dengan pantas untuk melarikan diri dengan memanja keluar dambil diperhatikan haiwan ganas berkenaan.

Pengunjung yang merakam kejadian berkenaan didengar bertanya apa yang sebenarnya berlaku dan kedengaran suara lain mengkritik tindakan wanita berkenaan.

Selepas berjaya keluar dari kandang, kelihatans eorang lelaki telah pergi ke arah wanita tersebut dan memarahinya dengan mengeluarkan perkataan bodoh kerana ia mungkin menjadi contoh buruk kepada kanak-kanak disitu. - Siakapkeli.my

[embedded content]

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.