Rangkaian FamilyMart Akan Dibuka Di Malaysia Akhir Tahun Ini

Rangkaian kedai serba 7-Eleven kini bakal berdepan saingan hebat dari sebuah franchise kedai serbaneka terkenal Jepun, FamilyMart yang akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia akhir tahun ini. Dijangkakan 300 rangkaian Family Mart akan dibuka dalam masa 5 tahun.

FamilyMart akan memasuki Malaysia menerusi pelesenan yang diberi kepada QL Resources dalam usaha mereka untuk mengetatkan pegangan mereka dalam market mereka di luar Jepun.

FamilyMart sudah memasuki pasaran China, Taiwan dan Thailand menerusi kerjasama syarikat tempatan. FamilyMart merancang untuk menyediakan ruangan ‘dine-in-store’ untuk bersaing dengan kedai fastfood yang lain dengan usahanya menyediakan lebih 2,000 produk dalam kedai mereka.

7-Eleven mempunyai 2000 kedai serbaneka di serata Malaysia. Jadi FamilyMart ini dijangka memberi saingan kepada 7-Eleven seperti mana saingan dua syarikat ini di Jepun. Kalau nak tahu bentuk barangan yang ada di dalam FamilyMart ni, boleh tengok dalam video di bawah.

[embedded content]

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.