Power Rangers The Movie Akan Ditayangkan Tahun Hadapan

Tipulah kalau anda tak kenal Power Rangers. Dan sudah pasti ramai ‘first crush’ anda ketika kecil adalah pada Pink Ranger. Jadi untuk mengembalikan kenangan zaman silam, filem terbaru Power Rangers sah akan ditayangkan pada 2017!

Power Rangers mula diadaptasikan untuk pasaran Amerika bermula pada tahun 1993 dari siri hebat Super Sentai. Bermula daripada itu, bermulalah kegilaan Power Rangers ini kepada budak-budak (termasuk saya) di seluruh dunia. Di rumah masih berdiri teguh Megazord yang dibeli oleh ayah saya sewaktu darjah 4 dahulu. Mendengar bahawa siri ini akan hadir dengan filem terbaru, saya sangat teruja.

Tiada trailer rasmi berkenaan filem ini dikeluarkan pihak Lionsgate buat masa ini. Semua pasti tertunggu-tunggu bagaimana rupa costume terbaru Rangers ini. Tetapi ‘first look’ untuk watak jahat filem ini sudahpun dikeluarkan. Watak penjahat Rita Repulsa akan dilakonkan oleh Elizabeth Banks, yang sangat awesome. Elizabeth sebelum ini pernah membintangi banyak filem-filem hebat seperti franchise Spider-Man era Tobey Maguire dan The Hunger Games.

power-rangers-rita-repulsa-pic

Nampak tak perbezaan besar antara Rita Repulsa versi baru dan original? Yang kiri versi baru, yang kanan versi original. Nampak dari segi orang jahat dah tahu filem ini nanti akan awesome! Dan ini pula barisan Rangers kita. Pemilihan Rangers pula agak belia remaja, mungkin untuk menarik golongan muda mengenali Power Rangers dan tonton filem ini nanti.

p1

p2

p3

p4

p5

Inilah lima Rangers penting dalam siri Power Rangers ini. Persoalannya, di mana White dan Green Rangers? Adakah mereka akan muncul dalam filem ini? Kalau dalam siri asal, mereka ini cuma muncul dalam beberapa episod dengan Dinozord mereka yang awesome dan boleh bergabung dengan Megazord milik lima Rangers untuk kuasa tambahan menumpaskan musuh.

wg

Filem ini dijangka keluar pada 24 Mac tahun hadapan. Harap-harap filem ini nanti hebat. Agak kecewa juga versi ‘unauthorized’ arahan Joseph Khan yang lebih ‘dark’ dan matang tidak diadaptasikan menjadi filem penuh. Kalau anda belum pernah lihat versi Power Rangers arahan Joseph Khan, lihat video di bawah. Sungguh awesome.

[embedded content]

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.