Netizen Kecam Rekaan Baju Melayu Tanpa Baju



PETALING JAYA, 24 Apr: Koleksi baju raya yang diilhamkan oleh pereka Anuar Faizal mendapat kecaman dari netizen selepas rekaan itu dilihat tidak sesuai untuk digayakan semasa Aidilfitri.

Gambar-gambar peragaan yang dimuat naik sendiri oleh Anuar di laman Instagramnya menarik perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.

Menerusi pemerhatian di Instagram tersebut, gambar seorang peragawan yang dilihat hanya memakai apa yang disifatkan netizen sebagai 'sampin' dan juga topi mendapat paling banyak kiritikan.

sufeanaramzeid menulis : "eid apa bodoh aurat pun nampak".

suesdzine pula menulis "Model cuma nk tunjuk kan sampin je la, adoii. Kot ada ke yg nk pakai macam model tu.".

"Siapa nk pakai kalau mcm ni doh makin merepekk", tulis farhan_amirr pula.

"Sumpah cm bodo yg p reka baju mcm ni", tulis faizzulfakar.

Setakat ini, gambar terbabit menerima lebih dari 100 komen yang kebanyakannya mengkritik koleksi rekaan itu.

Sementara itu, pereka terbabit, Anuar dilihat masih belum memberi sebarang penjelasan mengenai rekaan itu. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.