Individu Yang Gambarnya Disiarkan Sebagai Pencuri Telefon Tampil Buat Laporan Polis


Sejak minggu lalu tersebar sekeping gambar yang dimuatnaik oleh seorang lelaki yang mendakwa telefonnya yang hilang berjaya mengambil gambar pencuri yang mencuri telefonnya.

Gambar berkenaan telah tersebar dimedia sosial menyebabkan rata-rata netizen memaki hamun pasangan keluarga berkenaan yang memaparkan gambar seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Menurut lelaki yang memuatnaik gambar berkenaan, gambar tersebut diambil secara automatik selepas menggunakan satu aplikasi keselamatan yang akan mengambil gambar jika gagal kata laluan sebanyak 5 kali berturut-turut dan akan dihantar ke emel pengguna.


Kerana penyebaran gambar berkenaan makan berpusu-pusulah manusia tambil melepaskan kata-kata sopan mereka dipos berkenaan.

Namun, menyedari gambarnya mula tersebar, lelaki berkenaan telah tampil membuat laporan polis dan menafikan dia mencuri telefon berkenaan.


- Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.