Channing Tatum Sertai Kingsman: The Golden Circle

Filem ‘Kingsman: The Secret Service’ adalah antara filem terbaik yang muncul pada tahun lepas. Anda belum tonton? Anda kena tonton filem ini kerana jalan cerita, jumlah aksi dan lawak dalam cerita ini diadun dengan baik skali. Paling best adegan ketika pergaduhan dalam chapel di bawah ini. Sangat epik.

[embedded content]

Filem sekuel Kingsman, ‘Kingsman: The Golden Circle’ akan diserikan dengan pelakon kacak lagi lucu, Channing Tatum. Channing Tatum ini adalah salah satu pelakon favourite saya dan ternyata penglibatan Channing ini akan menambahkan keseronokan filem ini nanti.

Watak Channing masih belum lagi dikenal pasti. Pengarah filem ini, Matthew Vaughn dikatakan ingin menjemput Elton John sebagai salah seorang pelakon untuk filem ini nanti.

Jalan cerita sekuel ini nanti akan berkisar tentang Eggsy (Taron Egerton) dan Merlin (Mark Strong) meninggalkan London selepas headquarters Kingsman musnah diserang musuh. Mereka ke Amerika untuk mendapat pertolongan wakil Kingsman di Amerika yang diketuai Halle Berry. Julianne Moore dipilih sebagai musuh utama mereka untuk filem sekuel ini nanti. Wow, star-studded betul sekuel Kingsman ini nanti!

Filem ini masih lagi dalam pengambaran dan dijangka akan ditayangkan tahun hadapan. Harap-harap ianya akan lebih awesome dari filem sebelumnya. Nah, satu tarian khas Channing untuk anda.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.