7 Tip Bagaimana Buat Playroom Anak Yang Menarik Dan Berfungsi

Playroom untuk kanak-kanak merupakan suatu idea yang amat menarik untuk kanak-kanak disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang paling utama selain mewujudkan tempat khas untuk kanak-kanak bermain adalah bilik tidur anak anda akan lebih kemas dengan adanya bilik lain yang khas untuk kanak-kanak bermain.

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk membuat playroom kanak-kanak di dalam ruang spesifik di dalam kamar tidur anak anda.

Bagaimana untuk membuat playroom kanak-kanak yang menarik? Jom kita baca tip untuk menjadikan playroom kanak-kanak lebih menyeronokkan dan seterusnta mewujudkan suasana yang ceria untuk mereka.

1. Keselamatan diutamakan

kids playroom 3

Perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum menghias bilik bermain atau playroom anak anda adalah mendahulukan keselamatan mereka.

a. Bagi kanak-kanak kecil, guna kotak simpanan yang diperbuat daripada bahan yang lembut. Elakkan menyimpan bekas simpanan yang berat di atas almari agar ia tidak ditarik dan terjatuh pada kanak-kanak. Pemilihan perabot, mainan, cat dan jenis kain perlu dipertimbangkan sebelum digunakan untuk dekorasi.

b. Hias bilik dengan ringkas dengan memastikan tiada lebihan alas meja yang tergantung, sumber elektrik yang terdedah, dan tiada bucu tajam yang boleh membahayakan kanak-kanak.

c. Elakkan juga menggunakan hiasan yang menggunakan bahagian-bahagian kecil yang boleh dicapai dan dimakan oleh kanak-kanak.

2. Tukar dinding menjadi kanvas

kids playroom 1

Kanak-kanak biasanya suka menconteng dinding berbanding buku atau kertas kerana merasakan dinding lebih luas dan menyeronokkan. Salah satu idea yang boleh menyelesaikan masalah ini, pada masa yang sama menjadikan playroom lebih menarik adalah dengan menukarkan dinding bilik kepada sebuah papan tulis.

Chalkboard paint’ atau cat papan kapur kini boleh didapati dipasaran di mana cat ini hanya perlu dicat pada permukaan kasar seperti dinding, plastik dan kayu dan permukaan tersebut sudah boleh digunakan sebagai papan tulis.

3. Ruang dinding khas

kids playroom 4

Usah dibuang hasil karya seni anak anda kerana ia boleh ditampal di dalam playroom anak anda. Ini boleh membuatkan kanak-kanak lebih menghargai hasil kerja tangan mereka dan pada masa yang sama ia boleh dijadikan hiasan bilik yang boleh didapati percuma tetapi menjimatkan untuk anak anda.

Sediakan ruang khas untuk hasil kerja seni kanak-kanak. Anda cuma perlu membeli papan gabus atau lebih jimat lagi membuat sendiri papan menggunakan polistrin untuk membuat sudut seni anak anda.

4. Pemilihan warna

kids playroom 5

Penyelidikan oleh Kaya dan Epps (2004) menunjukkan warna mempunyai hubungan dengan emosi seseorang. Bagi mewujudkan suasana yang ceria untuk playroom anak anda, anda boleh membeli mainan, perabot dan barang-barang yang berwarna terang dan berwarna-warni.

Ini adalah untuk mewujudkan suasana dan positif dan harmoni di dalam playroom anak anda. Sebagai cadangan, anda boleh menggunakan bekas penyimpanan dan dekorasi yang berwarna warni untuk menjadikan playroom lebih menarik. Selami hati anak anda dan pilihlah warna yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

5. Tema bilik

kids playroom 8

Anda juga boleh menetapkan tema untuk playroom anak anda sebagai contoh tema warna merah jambu, bola sepak, hidupan laut, animasi kartun Frozen dan sebagainya.

Lebih menyeronokkan lagi jika anak anda menentukan tema tersebut agar mereka lebih berasa gembira bermain di dalam playroom mereka. Kanak-kanak masih lagi kecil dan mempunyai dunia mereka yang tersendiri.

Biarkan mereka menikmati dunia kanak-kanak yang penuh fantasi kerana mereka hanya berpeluang merasainya sekali sahaja seumur hidup mereka.

6. Minat anak anda

kids playroom 7

Kadangkala kita sebagai ibu bapa merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk anak kita. Namun adakah pemilihan yang dibuat menjadi minat anak-anak kita?Playroom anak anda akan lebih menarik jika anda tahu minat dan kecenderungan anak anda.

Sebagai contoh, jika anak anda gemar membaca anda mungkin boleh memperbanyakkan lagi koleksi bahan bacaan dan membuat mini perpustakaan di rumah. Jika anak anda suka melukis, pupuk minat mereka dengan menyediakan peralatan yang bersesuaian seperti alat mewarna yang mencukupi, buku lukisan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai cara untuk menjadikan playroom anak-anak lebih menarik. Tiada peraturan yang tetap dalam merealisasikan impian tersebut. Lakukan sedikit kaji selidik dan ikutlah naluri anda dan empati terhadap anak-anak anda.

7, Bajet anda

playroom 2

Ya, bajet kita menentukan bagaimana sebuah playroom disediakan. Bajet ini juga boleh dipengaruhi faktor kreativiti di mana kita tidak semestinya membeli atau menyediakan perkakasan baru. Dengan kreativiti, kita boleh guna semula apa yang ada untuk dijadikan sebahagian daripada playroom anak-anak.

Meskipun ianya barang terpakai, barangan baru, ada bajet banyak atau sikit, kita tetap perlu pertimbangkan 6 faktor di atas sebelum memulakan projek ini.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.