3 Tip Tukar Duit Ke Matawang Asing Sebelum Anda Travel Ke Luar Negara

Sebelum pergi melancong atau berbackpack atau berjalan-jalan (whatever la…) di luar negara, sudah semestinya ada banyak persediaan yang kena disiapkan. Antaranya kena ada ‘itinerari’, persiapan pakaian yang sesuai dengan musim, beli bekalan makanan yang mencukupi, kena ada backpack yang sesuai dan yang paling kerap sekali aku jumpa ialah orang bertanya pasal duit.

“Weh, aku tukar duit rupiah dapat rate 308. Murah ke mahal?”

“Aku dari Klang ni, dekat mana tempat tukar duit yang ok?”

“Aku nak berbackpack dekat Thailand sebulan ni, cukup ke RM 300 ni?”

“Takut la kena scam masa kat India.”

Bla bla bla… pernah dengar tak soalan-soalan macam ni?

Tak salah pun nak tanya. Dah tak tahu, kena la tanya. Kan?! Takkan la nak memandai-memandai pulak.

Ok, hari ni aku nak kongsikan berkenaan tukaran duit jika mahu travel. Tips ni aku dapat dari kawan-kawan yang pernah travel, dan juga hasil pemerhatian aku sendiri ketika travel.

1. Lokasi money changer

Kalau anda tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur senang, ada banyak pilihan. Pilihan popular yang aku tahu dekat Mid Valley dan Nu Sentral.

Orang kata rate mereka lagi ok berbanding tempat lain. Memandangkan aku kerja di Shah Alam aku lebih banyak membuat kajian pasal lokasi money changer di Shah Alam.

Ye la, nak pergi KL tu kena kira kos minyak, parking dan tol sekali. Silap-silap tak berbaloi pulak bila pergi KL.

Ada beberapa money changer di Shah Alam antaranya di bangunan PKNS, Plaza Alam Sentral dan Plaza Masalam. Selepas beberapa kali aku buat tukaran mata wang asing, aku rasa rate dekat bangunan PKNS paling terbaik.

Tapi dalam PKNS sendiri ada 2 ke 3 money changer, aku syorkan anda semua pergi ke money changer dekat tingkat 1 sebelah pejabat pos tu. Lokasinya agak tersorok sikit, tapi rate yang dia bagi memang lebih baik berbanding tempat lain.

Kita boleh check kadar tukaran mata wang di setiap money changer melalui beberapa cara. Kalau money changer tu ada website, kita boleh check dekat website dia sahaja.

Kalau tak, anda juga boleh telefon terus ke money changer dan bertanya tentang kadar tukaran matawang yang anda mahu.

Baca: 9 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Vietnam

travel-sendiri-4

2. Berapa banyak nak tukar duit?

Bab berapa banyak duit yang nak ditukar ni subjektif. Bergantung kepada corak kita travel la. Banyak naik kenderaan awam atau lebih kepada berjalan kaki.

Tinggal selesa di hotel berbintang atau cukup sekadar hostel janji boleh tidur. Makan mewah di restoran atau tak kisah makan di kaki lima,

Kalau cara aku, aku anggar sehari aku akan guna dalam RM 100 untuk pengangkutan, penginapan dan makan. Contohnya kalau aku travel 3 hari, maka aku akan bawa RM 300 untuk trip ini. Duit yang ini ialah keperluan atau duit wajib ada.

Untuk duit tiket masuk, aktiviti dan souvenir biasanya aku bawa dalam RM 50 ke RM 1000. Yang ini variable atau tak wajib, sebab tiket masuk, aktiviti dan souvenir ini kehendak.

Kalau rasa tak perlu aku tak guna la duit ni. Kalau rasa berbaloi aku guna je sampai habis. Kadang-kadang duit terhad, so aku masuk tempat-tempat yang percuma sahaja, macam masjid, taman bunga, taman rekreasi, pantai, shopping complex dan lain-lain.

Kebiasaanya aku akan bawa duit wajib sahaja. Duit keperluan aku lebih selesa untuk keluarkan dari mesin ATM di luar negara sahaja.

Keluar apabila perlu sahaja. Untuk pengetahuan anda semua, di Asean, liputan bank CIMB dan Maybank cukup meluas sekali. Senang nak cari.

Kadar tukaran wang di mesin ATM ini juga lebih baik dari tukar di money changer. Sila pastikan anda keluarkan duit di mesin ATM yang anda ada akaun dengan bank tersebut.

Contohnya kalau anda ada akaun di CIMB, keluarkan duit juga di mesin ATM CIMB baru la cas pengeluaran dia sikit atau tidak ada sama sekali.

3. Apa yang nak kena cek selepas tukar duit?

Selepas sahaja anda semua selesai tukar duit. Jangan terus berlalu pergi. Ya, memang kadang-kadang kita kalau boleh nak cepat beredar dari kaunter money changer.

Satu sebab excited dapat pegang duit juta-juta, satu lagi sebab takut ada mata-mata yang memandang. Excited tu biasa, tapi kalau takut ada orang yang nak rompak kita, sila datang ke money changer dengan beberapa orang bodyguard.

Sebelum beredar dari money changer sila pastikan duit yang anda dapat dari proses tukaran tu berada dalam kondisi yang baik. Tidak koyak, berconteng dan terlipat-lipat. Aku ada beberapa pengalaman tak enak dengan duit ni.

travel-sendiri-5

travel-sendiri-6

Semasa aku di Hong Kong ada sekeping duit aku koyak, sikit sahaja. Kalau di Malaysia, duit koyak sikit macam tu aku rasa boleh je guna macam biasa.

Tapi di Hong Kong, majaoriti tak terima duit koyak walau sikit. Patut la duit HK ni lawa-lawa. Aku tahu bukan salah aku duit tu koyak. Sebab aku keluarkan duit tu dari sampul yang aku dapat dari money changer. Duit lain ok je, sehelai tu je koyak.

Nak dijadikan cerita duit tu nilai dia 1000 HKD lebih kurang nilai dalam RM 500. Itu pun salah aku juga. Aku dah minta money changer tu bagi duit kecil tapi dia kata dekat Hong Kong barang-barang mahal. S

enang pakai duit besar-besar macam ni. Aku pun percaya je la sebab aku belum pernah pergi Hong Kong.

Kalau duit nilai kecil dan tak laku sebab koyak aku tak ralat sangat. Ini 1000 HKD woi. Dah la sekeping tu sahaja duit terakhir aku kat Hong Kong untuk baki lagi dua hari.

Aku tak kira, aku mesti guna juga duit tu. Satu-satu kedai aku cuba beli barang guna duit tu. Aku try beli kasut, tak laku. Aku letak balik kasut. Aku try beli baju, duit tak laku. Aku letak balik baju.

Sampai la waktu malam, lebih kurang jam 11. Aku melintasi McDonald di area escalator menuju ke Victoria peak tu. Cashier dia orang tua.

Masa tu aku fikir, orang tua mesti tak banyak songeh, waktu malam pula sekarang ni, mesti mata dia tak berapa nampak. Aku order burger Filet-O-fish.

Alhamdulillah. Transaksi berjaya. Siap dapat baki duit dalam pecahan kecil lagi. Tapi dalam bergembira aku tetap rasa bersalah mengambil kesempatan terhadap orang tua.

Itu cerita di Hong Kong la. Dekat India dengan Indonesia duit koyak sikit dan berconteng diorang tak kisah pun.

Baca lagi: 9 App Percuma Ini Boleh Bantu Anda Travel Dengan Lebih Mudah. Ramai Tak Tahu #6

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.