3 Luahan Hati Yang Akan Buat Anda Mahu Telefon Ibu Ayah Sekarang

Tadi aku gurau-gurau dengan seorang kawan. Kami main cakap-cakap dengan Siri iPhone.

Disebabkan slang Melayu ni, Siri punya feedback jadi lawak.

Penulis, Syafiq Ridhwan bersama-sama ibu bapa ketika hari graduasi.

Penulis, Syafiq Ridhwan bersama-sama ibu bapa ketika hari graduasi.

Tengah syok ketawa, kawan aku tu cakap sambil tergelak.

“Siri, should i keep hoping that Allah will bring my parents back to me.

Aku terdiam sambil tengok dia. Dia tergelak.

“Aku main-main ja pek. Haha.”

Aku senyum je.

Kau tahu kawan aku ni anak yatim piatu. Tapi dia kuat.

Dia selalu cakap kat aku kita hidup ni selagi ada parents, jaga baik-baik. Jangan wat depa sedih. Aku respect dia sebab dia memang tabah.

Mohon doakan kawan aku sorang ni.

Semoga Allah merahmati kehidupan dia dunia dan akhirat.

InsyaAllah. Ameen.

Melawat Kubur

Pernah dulu, bila hujung minggu free, aku teman sorang kawan aku ni pergi lawat kubur ayah dia.

Ayah dia meninggal waktu dia kecil lagi. Dia pun kalau ditanya macam mana rupa ayah dia, dia tak berapa ingat. Gambar jelah tempat dia lepas rindu.

Bila sampai di kubur, aku biarkan dia monolog sorang-sorang. Biasanya aku akan tolong cabut-cabut rumput sekeliling sambil biarkan dia luahkan perasaan.

Kau tahu, dia cakap apa.

“Ayah, orang tak tahu macam mana hidup orang kalau ayah masih ada.

Tapi Allah dah beri banyak kemudahan pada orang sepanjang hidup orang dari dulu sampai sekarang.

Allah permudahkan belajar, kerja, even lepas ni orang akan kahwin dah.

Teringin sangat nak ayah tengok semua benda ni.

Teringin nak gelak sama-sama kongsi segala rezeki Tuhan bagi ni.

Teringin nak tangkap selfie dengan ayah waktu kahwin nanti.

Tapi, Tuhan tu sayangkan ayah. Orang rindu ayah.

Semoga ayah tenang dekat sana.

Kita jumpa di Syurga kelak.”

Aku tinggalkan dia kejap. Menangis.

Semoga kau tabah selalu sahabat.

Cari Emak

Bila sedih mesti cari Puan Emak.

Bila nak buat sesuatu keputusan mesti call beliau.

Bila penat kerja esaimen berlambak, call beliau.

Bila kecewa dengan kerenah manusia, call beliau.

Dan beliau tak putus putus bagi semangat dari dulu sampai sekarang. Allah.

“Redha Allah itu atas redha kedua ibu bapa.”

Kan.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.