15 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Graduan Menganggur Di Malaysia

Dulu kita masih berani menyatakan apabila habis belajar di universiti kelak, kerja sudah menanti kita. Tapi kini tidak lagi apabila diketahui ramai graduan menganggur selepas tamat pengajian di universiti dan kolej.

Berikut adalah realiti graduan menganggur masa kini. Data statistik ini diperolehi dari laman web pendidikan, EduAdvisor.my:

1. 6 dari 10 orang yang menganggur adalah berusia di bawah umur 24 tahun

2. Setiap tahun 200,000 graduan dihasilkan. Daripada jumlah itu hanya 50,000 graduan bekerja selepas 6 bulan tamat belajar.

3. 31.4% graduan menganggur adalah pemegang sijil ijazah di mana 43.4% adalah dari jurusan sastera dan sains sosial.

4. Graduan menganggur mengikut aliran: 43.4% sastera dan sains sosial, 24.5% teknikal, 20.2% sains, 8.1% ICT dan 3.9% pendidikan.

5. Majoriti graduan menganggur adalah bekas pelajar universiti awam. Ini pecahan mengikut jenis institusi pendidikan: 2% kolej komuniti, 13% politeknik, 34% universiti swasta dan 51% universiti awam.

6. Tapi berdasarkan kajiselidik Jobstreet, 64% majikan menyatakan mereka tidak ambil kisah soal tempat belajar graduan semasa ambil mereka bekerja.

7. Majikan juga menyatakan 68% graduan meminta angka gaji dan faedah yang tidak realistik.

8. 30% graduan menjangkakan gaji permulaan mereka ialah RM6,500 sebulan.

9. 59% graduan menganggur kerana mempunyai kelakuan atau karaektor yang lemah.

10. 64% graduan menganggur kurang mahir berbahasa Inggeris.

11. 60% graduan menganggur mempunyai kemahiran komunikasi yang lemah.

12. Majikan juga menyatakan graduan sekarang kekurangan dari segi adaptability, multitasking skills, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

13. 5 industri yang banyak menyediakan peluang kerjaya ialah pembuatan dan logistik, perkhidmatan perbankan dan kewangan, pembinaan, ICT dan pemborongan dan peruncitan.

14. Ini bermakna 3 bidang kepakaran yang mempunyai permintaan tinggi ialah penjualan dan pemasaran, perakaunan dan kejuruteraan.

15. Tapi yang sedang menjadi trend masa kini adalah kerjaya berkaitan teknologi seperti kerja melibatkan cloud, mobile developers, pakar SEO/SEM, pereka UI/UX, dan pakar pemasaran digital/media sosial.

Honestly, graduan menganggur perlu bangkit menambah nilai diri dan tidak takut bekerja di luar bidang pengajian. Sebenarnya banyak kemahiran dan ilmu boleh masuk ke bidang-bidang lain. Kenali dan terokai peluang itu.

Pastikan diri menjadi yang terbaik dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Good luck!

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.