Wanita Di Tanam Hidup Hidup Di China




Pergaduhan sesama jiran di China tentang sebatang jalan yang hendak diturap akhirnya membawa kepada tragedi yang tak disangka iaitu seorang wanita dikubur hidup-hidup dengan selori pasir.
Menurut laman berita NetEase, insiden berlaku apabila sebuah trak yang penuh berisi pasir muncul di sebatang jalan untuk kerja menurap.

Seorang wanita dikenali sebagai Sun Qiuying bagaimanapun, menghalang kerja tersebut dengan duduk di tengah-tengah jalan. Aksi itu membuat Sun dan pemandu lori dikenali sebagai Zhao Xijue, bertengkar hebat

Bengang apabila Sun tetap berdegil, Zhao naik kembali ke atas trak sebelum menumpahkan pasir dalam trak yang dibawanya ke atas Sun.
Sebaik mengetahui apa berlaku, keluarga Sun bergegas datang menyelamatkannya. Dia dikatakan pengsan ketika dikejarkan ke hospital.

Rata-rata penduduk berkata, mereka percaya Zhao adalah ‘tali barut’ pemerintah tempatan yang mahu memaksa Sun membenarkan jalan tersebut diturap meskipun mendapat bantahan ramai.

Zhao bagaimanapun sudah pun ditahan dan dipenjara 10 hari selain dikehendaki membayar denda.


This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.