Tiga Beranak Termasuk Bayi 6 Bulan Maut Kereta Dinaiki Bertembung Lori Balak


GUA MUSANG: Seorang bayi berumur enam bulan baesama ibu dan bapanya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka telah bertembung dengan lori balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Paloh 1, Gua Musang, Kelantan petang semalam.

Bayi malan berkenaan, Mohd Firas Ziyad dan ibunya Faizah Mohd Nor, 28, telah maut di tempat kejadian manakala, Mohd Zahiruddin Hadi, 24, yang memandu kereta disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Mereka bertiga dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Gua Musang selepas menghadiri kenduri perkahwinan adik lelaki Faizah di Pulau Condong, Kota Bharu.

Menurut saksi, kemalangan terjadi apabila kereta yang dipandu oleh Mohd Zahiruddin hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori muatan balak dari arah bertentangan menyebabkan balak kayu balak begelimpangan di atas jalan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas selama beberapa jam.

Ketua polis Gua Musang Superintendan Saiful Bahri kertika dihubungi memberitahu siasatan nahas masih lagi dijalankan. - Siakapkeli.my








This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.