Pak Lah Ganti Mahathir di Petronas



Kuala Lumpur: Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dengan panggilan Pak Lah sebagai penasihat Petronas yang baharu berkuat kuasa pada 1 April ini.

Menurut Perdana Menteri, DS Najib Razak, Abdullah menggantikan Tun Dr. Mahathir yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac yang lalu.

"Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.