Khir Toyo Keluar Penjara Hari ini



SHAH ALAM, 29 Mac - Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, yang sebelum ini disabitkan pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam menjani hukuman parol bermula hari ini.

Ahli Lembaga Parol yang bermesyuarat pagi tadi bersetuju untuk meluluskan permohonan peguam Khir Toyo itu selepas beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Sistem parol bermaksud banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawa pengawasan pegawai Parol untuk tingal bersama keluarga.

Khir Toyo sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa untuk memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Pada 29 September tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Khir Toyo. - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.