Kecoh ibu intip anak gadis lakukan hubungan intim dengan teman lelaki dikelas



Melaka : Seorang pelajar Tingkatan Empat di Jasin telah melakukan lebih daripada mengulangkaji pelajaran di sekolah - dia didakwa turut melakukan hubungan s*ks dengan beberapa pelajar lelaki, termasuk di dalam kelasnya juga.

Difahamkan, gadis berusia 15 tahun itu akhirnya mengakui tentang keinginan luar biasanya selepas ibunya yang berusia 40 tahun melakukan intipan dan membongkar apa yang telah berlaku kepada anak perempuannya serta 8 pelajar lelaki sejak Mei lalu.

Dipercayai pelajar-pelajar lelaki itu datang ke rumah apabila bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, dua adik dan ibunya berada di tempat kerja atau tiada di rumah.

Pada Selasa minggu lepas, ibunya yang mencurigai sesuatu bertindak melakukan intipan ketika gadis itu berseorangan di rumah.

Wanita itu sangat terkejut dan marah selepas dia melihat beberapa budak lelaki memasuki rumahnya.

Pada mulanya, gadis itu menafikan ada melakukan apa-apa bersama rakan-rakan sekolahnya, tetapi selepas soal siasat berterusan oleh keluarganya, dia mengaku ada melakukan hubungan seksual yang sangat menggemparkan.

Remaja itu mengaku kepada ibu bapanya bahawa sejak meniduri salah seorang daripada pelajar-pelajar lelaki itu di rumahnya pada bulan Mei lalu, dia mulai bertambah "nakal" dengan 7 yang lain pula di pelbagai tempat, termasuk di sebuah pondok kosong berhampiran rumahnya dan mengejutkan juga berlaku di dalam kelas di sekolah.

Yang terbaru berlaku pada Jumaat minggu lepas, didakwa di dalam kelas selepas sesi sekolah berakhir.

Keluarga itu kemudian membawa gadis itu untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

Semalam, polis telah menahan 8 remaja lelaki berusia 15 dan 16 untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Muhd ??Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan, dan berkata, siasatan akan diambil alih oleh Ibu Pejabat Polis Melaka selepas kes ini mendapat perhatian Jabatan Pendidikan. -Thestar

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.